Thursday, December 22, 2011

Dr.Hassan Ali & Nassaruddin-Tokoh PAS Yang Terpinggir atau Tokoh PAS yang Unggul ?

Jika kita bandingkan antara tokoh-tokoh Pas terdahulu dengan sekarang,ternyata terdapat
perbezaan yang jelas.Tokoh Pas yang dahulu berjuang dengan semangat untuk mendirikan negara Islam.Mereka tidak pernah meletakkan kepentingan menang pilihanraya melebihi kepentingan perjuangan berpaksikan Al Quran dan Hadis.Bagi mereka menang atau kalah ianya tetap suatu jihad dalam menegakkan Daulah Islamiah.Ahmad Fuad,Dr Burhanuddin,Asri Hj Muda,Dr Zulkifli Mohamed dan ramai lagi yang tak mencari nama melebihi nawaitu.

Mengapa Dr Hassan Ali ditolak?Dr Hassan Ali sebenarnya merupakan suatu ancaman kepada cita cita Anwar dan Lim Kit Siang untuk menjadi pemerintah kerajaan persekutuan.Anwar taklah sehebat Dr Mahathir disisi Lim/Karpal dan Hadi/Nik Aziz namun Anwar tak boleh dibiarkan bersendirian dalam tujuan mereka untuk menjatuhkan BN.PAS akan mendapat untung yang lebih bermakna dari segi moral bila berpakat dengan PKR/DAP berbanding bekerjasama dengan BN.PAS lebih memerlukan Karpal/Anwar/Kit Siang jika diberi pilihan antara Dr Hassan/Nassaruddin.Dimana ketegasan Hadi dan Nik Aziz? ("Tak Dok Sebab Demo Nok Lawe Kawe").Itulah kata-kata Nik Aziz yang selalu didengari bila BN/UMNO menentang PAS.Kalau menentang PAS bermakna menolak Islam.(Sila baca Tafsir Surah Hud Oleh Nik Aziz Nik Mat:Pelbagai kaedah tafsiran yang dibuat Nik Aziz tentang Al Quran sebagai risalah Tuhan).Amanat Hadi di Banggol Peradong juga demikian (Kite Menentang UMNO Bukang Kerane Namenye UMNO,tapi Kite Menentang UMNO kerane Dasornya yang mengikut dasor pemerintahang Orang-Orang Kapir,make menentang UMNO adalah Jihad.....1981-Amanah Hadi).

Sekarang PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP diatas dasar perjuangan apa?Perjuangan Islamkah?atau semata-mata hanya mahu menentang BN.Apakah dasar perjuangan DAP dapat diterima oleh PAS.(Jangan lupa " Nik Aziz pernah berkawan dengan syaitan" dan "Tuhan juga mencarut").Saya pernah mendengar Nik Aziz berkata "Kalau Nabi masih hidup tentunya Nabi akan menziarahi Negeri Kelantan (merujuk kepada kebaikan pemerintahan PAS yang berteraskan Islam).Sekarang mengapa tak berkata "Nabi akan menziarahi Kedah dan Selangor?".Mengapa membiarkan Karpal mencabar melangkah mayatnya dahulu jika mahu mendirikan negara Islam?Makna yang lebih mudah kata kata Karpal adalah "Beliau akan menentang dengan apa cara sekalipun jika sesiapa yang ingin mendirikan negara Islam.Siapa yang lebih teruk antara Karpal dengan UMNO? Siapa yang lebih baik antara Dr Hassan Ali dengan Lim Guan Eng?Apa saja yang dilabelkan kepada Lim Guan Eng (Khalifah Omar Abd Aziz) namun Lim Guan Eng tetap bukan seorang Muslim dan Dr Hassan Ali tetap seorang muslim.Hadi dan Nik Aziz jangan lupa bahawa orang lain juga belajar di Mesir,Jordan,Madinah,Libya,Sudan,Mekkah bersumberkan Al Quran yang sama.Jangan anggap orang lain semuanya kurang berilmu.

Manusia seperti Dr Hassan Ali sepatutnya dipertahankan oleh Pas tetapi disebabkan cita-cita ingin memerintah negara,kepentingan agama dan bangsa digadaikan.Nampaknya UMNO juga lebih bermakna kepada bangsa Melayu.PAS sudah semakin hilang ciri-ciri ke-alternatifan kepada orang Melayu.PAS sudah berpecah akibat TERLALU GILAKAN KUASA hingga tak kenal kawan dan lawan yang sebenar.