Negara Berkebajikan-Suatu Retorik Yang Tiada Penghujung.
Kepada warganegara Malaysia yang saya hormati,Polimik memancing undi  sudah bermula,gendang PRU semakin hampir untuk dipalu,tukang canang  sudah bersiap sedia.KARPAL (DAP-Anak didik PAP),NIK AZIZ(PAS-Perjuangan  Pemerintahan Islam) &ANWAR (PKR-Perjuangan Peribadi Yang Tak Pernah  Selesai).
MOHD NAJIB RAZAK-TRANSFORMASI UNTUK SEJAHTERAKAN RAKYAT
          Setelah Bajet 2012 dibentang,PR mula mendakwa Bajet Cedok  kononnya draft bajet PR sama dengan bajet yang dibentangkan oleh Mohd  Najib.Soalan mudahnya:KENAPA PERLU TUKAR KERAJAAN BILA APA YANG HENDAK DILAKSANA OLEH PR SAMA DENGAN APA YANG DIBUAT OLEH BN?Jawapan ini Sdra Anwar Ibrahim kena jawab.
KARPAL SINGH-MENENTANG HUKUM HUDUD DAN PENUBUHAN NEGARA ISLAM
     
          Edah musim PRU semakin hampir,HUKUM HUDUD dilaungkan  semula,pelbagai forum dianjurkan,nampak HUKUM HUDUD juga bermusim  mengikut musim pilihanraya.KARPAL terkapai-kapai
malahan terjerat dengan ketetapan PAS yang ISTIQAMAH dengan perjuangan.(Tahniah PAS).
NIK AZIZ-PERJUANGAN BERUBAH KERNA KARENAH BRO KIT DAN BRO KARPAL
          Saya kenal Anwar dan Nik Aziz lebih lama dari mengenali Karpal  dan Lim Kit Siang,entah mengapa saya rasa kesian dengan mereka berdua  kerana terperangkap dengan Karpal dan Lim Kit Siang dalam cita-cita  memerintah negara.Anwar hanya menumpang sementara orang Melayu  menunjangi PAS,Cina dan India mendokong DAP dan serpihan-serpihan yang  tewas kepada Mahathir yang masih kecewa memeluk PKR.Cuba kita toleh  kebelakang sedikit mengimbaui sahabat silam Nik Aziz:Nakhaei,Asri Hj  Muda,Ishak Lotpi,Muhammad Nasir,Wan Ismail,Fadhil Nor,Ibrahim Libya,Hj  Noor Teliar(Tuan Guru Penulis),Hj Lah Lubok Tapah,Yusof Rawa,Hj Ghani Ab  Rahman dan ramai lagi yang tak dapat disebut sudah bertukar pemikiran  kerana pendekatan yang dibawa PAS sudah berubah.Saya mengenali Nik Aziz  ketika guru saya (Hj Noor Teliar) bertanding namun tewas tipis di DUN  Tendong selepas itu beliau diburu oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri  bersama Hj Lah Lubok Tapah.Nik Aziz hanyalah insan kerdil diwaktu  itu.Nasib menyebelahi  Muhammad Nasir dan beliau bersama BERJASA  (Panglimanya adalah Ibrahim Ali) ditabal memjadi Menteri Besar  Kelantan.Anwar Ibrahim pun terloncat-loncat berceramah dimerata-rata  sampai digelar Bung Karno Malaysia.Ketika Muhammad Yaacob memerintah  Kelantan Nik Aziz sama tarafnya dengan Adi Jagat (Ibrahim Ali),namun PAS  diwaktu itu didokong oleh majoriti anak-anak pondok yang semutarnya  (Serban) ala Tok Kenali mendekati masyarakat kampung,Kebetulan (Takdir  Allah S.W.T) berlaku perpecahan dalaman yang amat hebat antara team A  dan team B pada dalan pimpinan UMNO lalu tertubuh Semangat 46 yang  membantu PAS dengan nama pakatan APU(Angkatan Perpaduan Ummah).Bagi saya  APU adalah Angkatan Perpecahan Ummah.Setelah 3 penggal UMNO  dilanda musibbah(1990/1995=Semangat 46,1999=KeAdilan,2004 BA hampir  menemui AJAL dan 2008 kritikan Mahathir yang teruk terhadap Pak Lah) dan  untuk menghadapi ketelusan NAJIB terhadap rakyat Nik Aziz mati akal  lalu menerima saranan Anwar untuk menukar slogan NEGARA BERKEBAJIKAN.
         Saya adalah generasi yang telah akil baligh ketika pemerintahan  Tun Razak dan sempat membuat penilaian secara pemikiran remaja ketika  itu,Tun Razak benar-benar mahu mensejahterakan rakyat  Malaysia.Lebuh Raya Timur Barat dirangka,Rancangan Buku Hijau,Tabung  Haji,Rancangan Peneroka Felda,Felcra dan segala kemudahan untuk rakyat  dibuat demi warganegara.Pada tahun 1977 Tun Razak ke kampung saya di  Teliar merasmikan sebuah mesjid dan saya sempat bersalaman dengan beliau  dan saya menerima berita sedih diatas kehilangan beliau.Ketika itu Nik  Aziz juga penyokong beliau (Kerajaan Perikatan).Mengapa PAS boleh duduk  sekali dengan BN pada tahun 1974-1978?Salah satu sebabnya peristiwa 13  Mei 1969 menghantui negara.Hari ini anak didik Tun Razak kembali sebagai  pemerintah dan ternyata masih ada darah sisa-sisa perjuangan Tun Razak  yang mendahulukan rakyat dalam agenda pemerintahan beliau (Rakyat di Dahulukan,Pencapaian diUtamakan dalam konteks 1Malaysia).
            Anwar Ibrahim sedar kemampuannya amat terbatas untuk  menjatuhkan Najib tanpa sokongan PAS dan Kaum Cina lalu berjemok-kira  (berunding) dengan Lim/Karpal-Nik Aziz/Hadi untuk memerintah negara  dengan moto Menuju Ke Putrajaya.Parlimen ditumpukan kepada PKR/DAP dan  DUN kepada PAS di negeri yang diperintah oleh PAS.(Lihat kabinet  bayangan Pakatan Rakyat).Ternyata rakyat terpesona dengan gagasan Anwar  Ibrahim pada 2008 ditambah dengan kritikan Tun Mahathir terhadap Pak Lah  yang menyebabkan BN hilang 2/3 majoriti di Parlimen.PRU 13 benar-benar  ujian bagi Mohd Najib dan segalanya bergantung kepada sebesar mana  kesilapan Najib lakukan semasa pemerintahan.Berbagai pendekatan yang  dibuat Najib demi tanggungjawab yang dipikul dan dilihat  bertanggungjawab terhadap rakyat dan perubahan dalam parti UMNO yang  menampakkan perubahan dari segi cara pembentukkan struktur jawatankuasa  parti.
     Pakatan terpaksa menawarkan apa saja selain mencabar kerajaan BN  dalam pelbagai bentuk demi meraih sokongan namun situasinya setiap  tawaran yang cuba digambarkan oleh PR dilaksanakan oleh Najib dan setiap  acabaran disambut oleh Najib.Hanya satu lagi senjata yang tinggal iaitu  proses memfitnah yang berterusan perlu dirancang agar rakyat sentiasa  dalam kecurigaan dan keraguan terhadap Najib namun sehingga masa kini  segala fitnah yang lalu tidak cukup meyakinkan rakyat tentang tohmahan  tersebut.Dalam masa yang sama Anwar Ibrahim dilanda pelbagai isu moral  yang sedikit sebanyak menggugat sokongan dikalangan kumpulan ulamak  dalam PAS walaupun dicover oleh kumpulan erdogan.
          Nik Aziz dengan sifat 'pongohnya'(Gopoh) dalam mengeluarkan  komen terpaksa menelan kembali kenyataan-kenyataan yang lepas demi  menjaga perpaduan PR yang mahu dilihat berpadu disisi pandangan rakyat  walhal hanya RETAK MENANTI BELAH dan diambang perpecahan yang dahsyat  dalam PKR apatah lagi hulubalang-hulubalang PKR telah berpaling tadah  seperti Ezam Mohd Nor,Zahari Mohamed,Hamidzun Khairudin,Roslan  Kassim,Zahid Mat Arif,Ghani Haroon,Dr Fairuz Khairudin,Lokman  Adam,K.Nallakarrupan,Hamdan Taha,Anuar Shaari,Wee Choon Keong,Tan Wei  Shu,Tan Tee Beng,V.Arumugan serta ramai lagi ketua ketua cabang yang  merasa PKR adalah parti milik Anwar Ibrahim.
          DIMANA BEZA PAKATAN PEMBANGKANG DENGAN BN DALAM KEMUAFAKATAN PELBAGAI AGAMA DISUDUT PERJUANGAN PAS?
       Dahulunya PAS menuduh UMNO kafir kerana bersokongkol dengan orang  bukan Islam dalam pakatan Barisan Nasional,sekarang persoalan DAP dan  PKR yang bersama PAS adalan lebih teruk kerana KARPAL telah menyatakan  dengan jelas pendirian DAP jika sekiranya PAS ingin menubuhkan negara  Islam maka LANGKAH MAYAT KARPAL SINGH DULU,demi untuk mengelak  dari terpaksa melangkah mayat Karpal maka Nik Aziz bersetuju mengubah  pendirian dari penubuhan negara Islam menjadi negara kebajikan.
Tidak ada seorang pun dikalangan ahli UMNO yang memohon untuk DILANGKAH MAYAT sekiranya PAS nak menubuhkan negara Islam namun UMNO tetap dianggap kafir disisi PAS.ISLAM kah KARPAL,LIM KIT SIANG,LIM GUAN ENG(dilabelkan Khalifah Umar Abd Aziz) berbanding dengan pemimpin UMNO?Nampak gayanya Nik Aziz tak menemui jalan keluar dari kemelut UMPANAN HUKUM HUDUD sebagai modal PRU13.
       Jangkaan saya PR13 akan menampakkan penambahan sokongan kepada  Najib namun kawasan kubu kuat PAS dan PKR masih lagi ditawan oleh  mereka,walaubagaimanapun tahap sokongan dikalangan akan berubah apabila  perbadingan di atas dilihat oleh rakyat dan mereka menunggu untuk  membuat keputusan pada PRU13 nanti.Disisi pengundi Melayu,mereka mula  memikirkan nasib bangsa melebihi perkara-perkara lain berbanding kaum  Cina sebagai kumpulan pendesak untuk kepentingan kaum,justeru golongan  Melayu muda dalam dilema dan diatas pertimbangan kaum tersebut  penambahan undi BN akan berlaku pada PRU13 nanti.
       SOALAN MUDAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA.
     1.Untuk apa perlu ubah kerajaan?
     2.Lebih baik kah kerajaan PR yang memerintah negeri-negeri berbanding kerjaan BN dalam menangani    masalah rakyat?
     3.Apa jaminan kerajaan PR dalam keutuhan muafakat terhadap  perlembagaan negara dalam Hak-Hak Keistimewaan Orang Melayu (Kontrak  Sosial).
     4.Sekiranya BN tewas,adakah BN menjadi parti pembangkang yang sangat lemah?
     5.Meningkatkah kepercayaan negara luar terhadap kerajaan PR?
    10.Adakah syiar Islam di Malaysia akan menjadi lebih baik dari  sekarang?(Cuba lihat isu Pelaksanaan Hudud Kelantan dan  Terengganu-mengapa ada 2 versi)
    11.Terhapuskah rasuah?atau semakin berkurangan?(Cuba lihat Isu Negeri Kelantan-Ladang Rakyat/PMBK.)
    12.Siapa yang benar-benar berkuasa dalam pakatan rakyat?
Wednesday, November 16, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
No comments:
Post a Comment