Monday, February 13, 2012

PKR & PAS SEMAKIN TENAT

                    Kenyataan Hj Hadi Awang berkenaan negara Israel adalah haram dan Haram menyokong sesuatu yang Haram.Anwar Ibrahim memberikan kenyataan yang berlawanan dengan pendirian Hj Hadi tentang isu negara Israel.Nampaknya dasar dan pendirian yang berbeza semakin jelas antara PKR dan PAS semakin ketara,apatah lagi tentang pendirian DAP.Andainya PKR,PAS dan DAP berhasrat untuk memerintah negara Malaysia perlu dijelaskan kesamaan pendirian mereka agar rakyat tidak terkeliru dengan pandangan yang berbeza dalam suatu perkara yang amat mudah.Cuba bayangkan perkara yang melibatkan kepentingan negara dan bangsa tentu sekali rakyat akan sentiasa dalam keadaan keluh kesah dan mungkin menyebabkan rakyat menjadi pasif dalam penglibatan mereka dalam mengambil bahagian dalam perkembangan ekonomi negara.Sila rujuk faktor2 yang menyebabkan berlakunya tragedi 13 Mei 1969.Bukan saya berniat racis tetapi ingatlah kemerdekaan yang diberikan oleh penjajah British berdasarkan kemuafakatan dan tolerans kaum terbesar negara pada masa itu,jika tidak mustahil negara ini mendapat kemerdekaan sebegitu mudah.

                     Kita kena ingat ada suatu kuasa besar yang ingin melihat negara Islam seperti Malaysia menjadi hancur.Mereka mempunyai agenda yang tersusun dan dana yang cukup besar untuk meruntuhkan sebuah negara yang menjadi ancaman kepada mereka.Agenda mereka adalah memecah belahkan kestabilan politik sebuah negara dan kesempatan akan diambil melalui agen2 yang telah dilantik dan diasuh oleh mereka.Kestabilan dan keamanan yang kita nikmati sekarang telah mengatasi kesemua rekod negara2 didunia termasuk Amerika Syarikat dan Britain sendiri.Syabas kepada Hj Hadi yang konsisten terhadap kenyataan beliau tentang Yahudi dan betapa Anwar Ibrahim pada suatu waktu dahulu begitu marah dengan Israel tetapi sudah berubah hari ini demi kepentingan agenda sendiri.Saya bukan nak menuduh beliau penyokong Israel tetapi cara beliau mempertahankan Israel dalam wawancara sebuah agensi penyiaran barat amat diragui.Mengapa perlu dikeluarkan kenyataan tentang Israel?Apakah Anwar mendapat tekanan dari Israel atau Anwar menagih simpati dari sebuah negara yang diharamkan oleh Presiden PAS?Dari sudut politik,Anwar sudah semakin kehilangan pengaruh dikalangan rakyat Malaysia dan semakin ramai tokoh2 PKR meninggalkan beliau.Anwar perlu mengimbangi sokongan dalam dan luar negara.Beliau sudah dapat mengagak dasar2 pelaksanaan Najib mampu menarik kembali sokongan kepada Barisan Nasional dan propaganda2 PKR yang sudah tidak relevan lagi dengan perjuangan PKR.Hassan Ali juga menjadi ancaman terbaru kepada beliau manakala DAP masih berdiam diri menunggu peluang menjadi  wira yang tak diiktiraf.

                 Melihat kepada gelagat rakyat negeri Kelantan dan reaksi mereka,Nik Aziz juga sudah mulai risau tentang tahap sokongan semasa lalu Nik Aziz berdiam diri tak berani mengeluarkan kenyataan kerana Nik Aziz terkenal dengan "Tebolah" (Kelam kabut)  dalam menjawab sesuatu isu yang diajukan kepada beliau.PAS sanggup menjaga hati PKR dan DAP biarpun batin mereka menderita dan hakikatnya pengundi atas pagar yang menjadi fokus mereka sudah mula berpihak kepada BN.

                 SENARIO PENGUNDI DI KELANTAN

               Rakyat Kelantan yang mempunyai pendirian yang tetap tentang sokongan mereka hampir sama ramai antara BN dan Pembangkang.20 peratus adalah golongan atas pagar yang mempunyai keupayaan untuk menetukan kemenangan dan golongan terbesar adalah pengundi muda.Pengundi Kelantan memberi sokongan yang berbeza kepada Parlimen dan DUN adalah disebabkan 2 faktor:

                          1)Faktor Calon
                          2)Faktor mengekalkan Negeri Kelantan dibawah PAS dan Kerajaan Pusat dibawah BN.

             Kali ini senario agak berbeza dimana rakyat Kelantan ingin melihat sejauh mana Najib menunaikan janji dan apa perubahan yang akan diterima rakyat Kelantan bila BN memerintah negeri.Kawasan Felda,Felcra,Risda dan yang berada dibawah agensi pusat akan memberi sokongan kepada BN manakala kawasan yang terlalu kuat faktor ideologi akan mengalami kenaikan undi kepada BN disebabkan oleh pengundi muda yang tidak mendapat pembelaan dari PAS.Beberapa tokoh yang mempunyai pengaruh besar terhadap kawasan mereka tetap mendapat undi majoriti namun kesan penekanan Najib terhadap pembelaan nasib rakyat banyak memberi kelebihan.PAS akan kehilangan kerusi yang lebih banyak sementara DAP akan mendapat pertambahan kerusi di kawasan2 majoriti penduduk Cina di Malaysia.Kerusi Parlimen PKR pula dijangka merosot begitu teruk melainkan kawasan yang ditandingi tokoh-tokoh hebat mereka.Bagi calon2 PKR yang terkejut besar dengan kemenangan mereka pada PRU12 dulu pasti akan menerima nasib yang sangat buruk kali ini.

          Kerusi DUN Kelantan dijangka menunujukkan persaingan sengit yang hampir sama dengan PRU 2004 dahulu kerana aura Najib dan masalah dalaman PAS.Mustapa Mohamad akan mengatasi rekod pencapaian beliau dahulu dan tidak mustahil kerajaan PAS boleh tumpang kali ini dengan syarat calon yang telah ditolak oleh pengundi dan mempunyai rekod buruk tidak diketengahkan lagi.Rakyat Kelantan sebenarnya adalah mereka yang paling suka melakukan perubahan cuma tidak dapat dilaksanakan oleh BN yang terikat dengan tradisi organisasi yang memberi keistimewaan kepada penjawat parti.Jika ini dapat diselesaikan oleh BN maka PAS akan berkuburlah pada PRU13 nanti.


         Pemimpin PAS tidak takut kepada kerancakan aktiviti BN/UMNO tetapi mereka lebih takut kepada perubahan nilai yang berlaku dalam BN/UMNO.Jikka nilai perubahan berlaku dalam jiwa pejuang UMNO dan dilihat oleh rakyat dengan jelas maka saya gerenti 99.99% PAS akan berpuh dahi dan menggaru tempat tak gatal.Nik Aziz cukup bimbang dengan perebutan calon dalam PAS yang tidak didedahkan kepada masyrakat.PAS sedang mencongak calon2 mereka dan setengahnya sudah mengumumkan secara tak rasmi bagi mengelak dari berlakunya "Nyetok" (merajuk) dan 'balasan' sudah diatur kepada mereka yang tidak dicadangkan sebagai calon supaya tidak berlaku "Cas Keting".Alangkah baiknya jika calon BN diumumkan lebih awal dan pujukan awal dilakukan kepada bakal2 yang mendakwa "Winnable Candidate" dari kalangan pemimpin BN/UMNO.Bagi pemimpin yang merasakan mereka adala Winnable maka bersesak-sesak lah mengikut rombongan pemimpin besar BN tak kira kemana sahaja mereka pergi dan sandiwara semasa pun bermulalah dengan penuh emosional dengan harapan termasuk dalam 'short listed candidates'.Perkara yang sama juga berlaku dalam PAS sehinggakan yang tak pernah menadah kitab pun sanggup mengajar di madrashah rata-rata demi mempromosikan diri.


        Saya rasa rakyat golongan penentu kemenangan sudah mula membuat perhitungan dan meletakkan harga diri sebagai 'Pengundi Emas' dan nilai mereka sangat bermakna bagi menentukan siapa bakal pemerintah negeri Kelantan.


         Antara Pengundi Emas:


                     1.Penjawat Awam
                     2.Golongan Belia
                     3.Kaum Siam dan Kaum Cina (Mengikut faktor peratus pengundi masing2)
                     4.Golongan Pengikut PKR yang membenci pemimpin Cawangan UMNO
                     5.Kaum Asli
                     6.Penyokong Tegar Ibrahim Ali,Zaid Ibrahim,Nik Sapiei,Wan Zaid,Kuli;dan
                     7.Kumpulan Pemberontak yang kalah dalam pemilihan UMNO Bahagian.
       
           Inilah kumpulan yang akan menentukan siapa bakal memerintah negeri Kelantan.Pengaruh Red Warrior juga tidak kurang pentingnya cuma ianya lebih jelas di Ketereh berbanding dengan kawasan2 lain.Bagi penjawat awam keputusan SBPA akan mempengerahi mereka dan penyokong/ahli PERKASA akan bergantung sejauh mana Presiden mereka mendapat layanan dari BN.Nik Sapieie pula akan membuat perhitungan dengan BN Kelantan dan Wan Zaid masih mempunyai pengikut setia di K.Krai.Kesemua faktor diatas akan berubah kiranya calon BN benar2 Winnable Candidate.


        

Wednesday, January 18, 2012

Dr Hassan Ali-Surat terbuka untuk Nik Aziz

Salam YAB Dato',
             Terlebih dahulu saya panjatkan doa ke hadrat Illahi agar YAB Dato'  dikurniakan kesihatan dan kelapangan dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin dan ketua kerajaan negeri.Saya merasa tersentuh bila ada pemimpin PAS seperti Dr Hassan Ali dipecat dari parti PAS hanya kerana kenyataan beliau mempersoalkan kes Anwar Ibrahim.Negara Malaysia perlu kepada parti pembangkang demi check and balance.Saya pernah mengikuti ceramah Dr Hassan Ali di hadapan PTD pada tahun 85'.Beliau yang begitu lantang berceramah tentang etika sebagai seorang pegawai PTD dengan kePTDiannya,pemimpin dengan kepimpinanya dan rakyat dengan kerakyatannya.Prinsip beliau tak pernah berubah sehingga kini.Setelah beliau melontarkan diri dalam perjuangan PAS saya merasakan negara juga mendapat manfaat dari ketegasan beliau yang disuarakan melalui parti PAS,sekurang-kurangnya beliau sebagai 'reminder' kepada perjalanan pemerintahan kerajaan BN.Diwaktu itu tiada "Erdogan" dalam PAS.PAS dilihat lebih istiqamah dalam perjuangan dan parti pilihan kedua kepada orang Melayu.

YAB Dato',
             Setelah kemelut pemecatan Dr Hassan Ali dan alasannya adalah kerana merosakkan parti maka seluruh pemerhati politik melihat polemik tersebut telah memulakan satu tafsiran baru dalam prinsip perjuangan PAS.Parti PAS ternyata mempunyai pemimpin yang hebat seperti Dr. Burhanuddin,Prof Zulkifli,Asri Hj Muda,Hj Muhamad Nasir dan beberapa nama besar lagi termasuk Dato' sendiri.PAS dilihat lebih mengutamakan perjuangan berbanding matlamat sebelum ini.PAS tidak peduli tentang kekalahan yang dialami disebabkan  perjuangan tidak mengira kalah atau menang kerana perjuangan adalah jihad.Setelah PAS bergerak bersama sama DAP-PKR saya melihat dasar perjuangan PAS semakin dipengaruhi oleh DAP-PKR.Apakah Dr Hassan Ali sudah tidak relevan lagi dengan dasar perjuangan PAS? atau PAS tidak memerlukan Dr Hassan Ali hanya kerana ingin menjaga hati pengikut Anwar Ibrahim?.

YAB Dato'
             Semenjak tahun 1959 sehingga 1978 PAS memerintah Kelantan termasuk bersama Perikatan dan kembali memerintaha Kelantan semula dibawah era Dato' sendiri dari tahun 1990 hasil bantuan YM Tg. Razaleigh sehingga kini.Rakyat Kelantan memilih untuk mengekalkan kepimpinan Dato' kerana mereka melihat Dato' tidak dihimpit isu kepimpinan,bukan mereka membenci BN sangat, namun hari ini PAS akan menghadapi kesukaran untuk memboloskan diri dari saingan BN dan kesan perubahan dasar dalam PAS.Saya ingin nyatakan bahawa Dr Hassan Ali telah menjadi ikon kepada pencapahan aliran pemikiran penyokong PAS dan akan menjadi faktor perpecahan dalam PR (anti- collaberation).Dr Hassan tidak menyatakan minat untuk menyertai UMNO dan tidak mengalah dari menyatakan kebenaran.

YAB Dato',
             Pada suatu ketika dahulu UMNO pernah menjemput PAS untuk  bersatu bersama UMNO tetapi Dato' menolak kerana takut tertipu untuk kali ke-2 sebagaimana Dato' nyatakan dalam satu temual dengan pemberita.Sacara rasionalnya Dato' menolak jemputan UMNO dan kiranya PAS tertipu dengan UMNO maka orang Melayu hanya akan tertawa sahaja tetapi sekiranya PAS tertipu dengan DAP-PKR orang Melayu tidak mampu untuk tertawa lagi bahkan akan menangis untuk selama-lamanya.Adakah Dato' merasa pemecatan Dr Hassan Ali akan menguntungkan orang Islam? atau memberikan kebaikan kepada orang Melayu?.

YAB Dato',
             Saya pohon maaf kiranya persoalan saya untuk kali ini akan mengguriskan perasaan Dato'.Apakah sifat-sifat Dr. Hassan Ali yang menjalankan tugas beliau sebagai Exco Negeri Selangor bertentangan dengan Al Quran dan Hadis?.Sejauhmana kebaikan yang dibawa oleh Karpal dan Lim Kit Siang serta Anwar Ibrahim demi agama?Apakah mereka ini tidak mungkin akan menjadi penghalang kepada dasar perjuangan PAS yang Dato' menjadikan KPI adalah ukuran Taqwa kepada Allah swt.Saya kagumi dengan KPI Dato' menjadikan Taqwa sebagai KPI namun dalam siasah matlamat ketaqwaan itu tidak boleh diubah sewenang-wenangnya dan matlamat tidak menghalalkan cara.

YAB Dato',
            Dari cara pemecatan Dr Hassan Ali,saya melihat PAS sudah tidak berpegang pada prinsipnya lagi.Kenyataan Dr Hassan Ali memang tepat,kes liwat Anwar adalah kes peribadi antara Anwar dengan Saiful,bukannya  kes PR melawan BN.Kepimpinan Islam yang agung terdahulu pernah menghukum anak sendiri kerana pertuduhan zina dan prinsip itu adalah berlandaskan Al Quran dan Hadis.mengapakah Dr Hassan Ali dipecat kerana memberikan pendapat peribadi beliau yang benar,bukan soal Anwar bersalah atau tidak tetapi biarlah ianya menggambarkan suatu  keadilan dalam perjuangan.Secara terbuka saya ingin katakan Dato' pernah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang amat mengelirukan sebelum ini namun rakyat negeri Kelantan tidak menghukum Dato' kerana keperibadian Dato' yang mampu mengatasi kenyataan-kenyataan kontroversi Dato'.Sahsiah Dato' yang mencipta Siasah tetapi dalam hal pemecatan Dr Hassan Ali tahap 'Pakatan'(Colation) PR akan berubah dan akan mencetuskan penghakiman (judgement) pengundi yang akan berbeza dengan suasana PRU13.

YAB Dato',
          Sebelum saya mengakhiri surat terbuka saya,terlebih dahulu saya mohon maaf kerana saya terpaksa menyatakan bahawa "Popularity dan Immunity (Kemaksuman Politik) Dato' akan terjejas dan saya mengesyorkan kembali agar mempertimbangkan Penyatuan Bangsa yang seAgama demi Islam terus syummul di Malaysia.Sekali phon maaf dari YAB Dato'.Sekian wassalam.
 



Yang Benar.
Pejuang Agama,Bangsa Dan Kedaulatan Raja Raja.
          

Sunday, January 15, 2012

Tahniah,Anwar Ibrahim Dibebaskan

Salam kepada semua penyokong Anwar Ibrahim,
            Terlebih dahulu diucapkan tahniah kepada sdr Anwar Ibrahim kerana dibebaskan diatas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau,sdr Mohd Saiful Azlan.Memang tidak boleh dipertikaikan lagi keputusan hakim yang mendapati kes tersebut tidak dapat disabitkan kesalahan kerana keraguan dalam bukti pendakwaan melalui DNA.Apabila membaca keputusan penghakiman maka bergembiralah sdr Anwar dan Kak Wan serta anak2 kerana doa yang dipanjat dan munanjat kehadrat Illahi selama ini dimakbulkan justeru mereka layak untuk mengucapkan kesyukuran diatas keputusan tersebut.

           Keputusan tetap tidak berubah sehingga kes tersebut dibawa kepada rayuan oleh pihak pendakwa.Apa yang mustahak untuk dibincang dan diperkatakan disini adalah:

        1.Badan Kehakiman telah menjalankan tugas mereka tanpa dipengaruhi oleh ahli politik
        2.Kes antara Anwar dan Saiful adalah kes peribadi
        3.Keputusan Hakim menyatakan pihak mahkamah tidak yakin dengan bukti DNA dan tanpa saksi          
           sokongan yang lain untuk mensabitkan kes dengan pertuduhan yang dibaca.

          Penafsiran umum yang dapat saya buat adalah hanya kerana ada keraguan dalam pembelaan sahaja maka mahkamah tidak dapat mensabitkan kesalahan liwat oleh Anwar.Dari segi perspektif politik sebenarnya Anwar sudah terkeluar dari kriteria sebagai seorang pemimpin politik.Apakah keputusan mahkamah tersebut sudah membersihkan imej belia dari segi moral?Cuba kita bandingkan Anwar dangan Haji Hadi.Haji Hadi tidak pernah dikaitkan dengan imej moral,begitu juga dengan Nik Aziz.Mengapa Anwar yang dinobatkan sebagai pemimpin pembangkang dan sebagai bakal Perdana Menteri?Apakah kelebihan Anwar dari sudut Islam berbanding dengan pemimpin PAS yang lain?.Setelah keputusan dibuat,berapa ramai umat manusia di Malaysia yang yakin bahawa Anwar tidak pernah terlibat dalam isu liwat?Memang kes liwat ini hanya ada 2 manusia yang tahu sebenarnya apa yang yang berlaku iaitu Anwar sendiri dan Saiful.
        Saiful telah memberi keterangan bersumpah dalam mesjid dan menyerahkan sampel DNA kepada pihak pendakwa.Kenapa Anwar tak mahu menangkis keterangan bersumpah Saiful dengan membuat keterangan sumpah laknat?Kenapa Anwar tidak membenarkan pihak pendakwa mengambil sampel DNA beliau?SEANDAINYA Anwar benar benar orang yang berani kerana benar maka beliau seharusnya tampil dengan sukarela untuk menyerahkan sampel DNAnya dan saat yang sesuai untuk mengambil alih Putrajaya dan membuktikan konspirasi terhadap beliau benar benar wujud.
          Dari segi  moral,Anwar sudah terdampar dalam kejatuhan yang amat dalam.Dalam negara kita masih ramai manusia yang mampu jadi pemimpin yang tidak tercalar dengan isu-isu sperti yang Anwar hadapi.Kita lihat dari awal isu Anwar yang dikaitkan dengan kes liwat.Kenapa Anwar tidak tampil dengan alibi yang kukuh untuk meyakinkan Dr Mahathir bahawa beliau memang bersih.Di sudut politik pula mengapa beliau dinasihatkan berundur dari kabinet,beliau tidak mahu berundur memberi laluan untuk penyiasatan.Saya tidak menafikan kebolehan beliau dalam mempengaruhi penyokong sehingga menjadi idola yang hebat namun ia tidak memberi apa apa keuntungan kepada negara kerana penyokong fanatik yang tidak bersifat rasional akan membuat tindakan yang mengancam keharmonian negara dan kestabilan politik.Memang itu salah satu kaedah untuk menjatuhkan kepimpinan semasa adalah membuat kekacuan tetapi apa untungnya kepada rakyat?Usia Anwar Ibrahim mencecah 65 tahun dan kebanyakkan pengikut kuat mereka adalah antara yang berusia kurang dari 40 tahun.Perbezaan 25 tahun usia Anwar Ibrahim dengan mereka sebenarnya membuatkan mereka tidak mengenali Anwar ketika Anwar diusia 30 tahun dahulu.Ketika Anwar berusia 25 tahun ibubapa mereka ada yang masih belum berkahwin.Ketika Anwar memimpin pelajar dengan Isu Kemiskinan Baling Dr Mahathir adalah Menteri Pelajaran,ketika Dr Mahathir mengajak Anwar menyertai UMNO Anwar lebih berminat untuk mengikuti PAS TETAPI apabila Dr Mahathir memegang tampuk pemerintahan beliau menawarkan jawatan Timbalan Menteri kepada Anwar lalu Anwar menerima jawatan tersebut.Mengapa bila ditawarkan jawatan baru beliau bersetuju untuk menyertai UMNO?
         Keistimewaan yang diberikan Dr Mahathir kepada Anwar begitu menguntungkan Anwar apabila menyikirkan Shuaimi Hj Kamaruddin dalam 2 kali percubaan.Anwar hampir mencapai impian beliau untuk jadi Perdana Menteri namun apabila beliau yang digilap sebagai pemimpin oleh Dr Mahathir akhir dipecat oleh Dr Mahathir maka Anwar amat kecewa dan sehingga kini bmasih menyimpan cita cita untuk menjadi Perdana Menteri.
         Secara jujur saya ingin menasihatkan Sdr Anwar Bin Ibrahim.Usia dah menjangkau 65 puluh tahun,kekuatan fizikal sudah terbatas,Dr Mahathir sudah bersara,Pak Lah pun sudah bersara di usia 65 tahun,kalau dala Perkhidmatan Awam pun usia 65 tahun diambil secara Contract for Service dari setahun ke setahun, untuk apa lagi Anwar mengejar jawatan?kalau nak membantu rakyat Malaysia banyak cara selain dari menggugat kestabilan politik negara.Ramai kawan kawan yang seusia  telah tinggalkan beliau dan dalam masa yang sama sanggup mendedahkan segala keburukan bekiau dimasa yang lampau.Azmin Ali hanya mengenali beliau setelah Anwar berada dalam kerajaan BN,begitu juga dengan Saifuddin Nasution Ismail yang menjadi Penolong Setiausaha Pemuda UMNO.Kemana larinya kawan- kawan lama Anwar?Kemana kroni-kroni Anwar yang banyak mengaut keuntungan semasa beliau menjadi Menteri Kewangan?Bersaralah Anwar dari dunia politik dan berbuat amal ibadat banyak banyak agar setiap kesalahan dan kezaliman yang lalu diampunkan dosa oleh Allah swt.
       Saya juga pernah bersahabat dengan beliau dan seikhlas hati saya menyarankan beliau agar lupakan cita cita yang tak kesampaian itu,biarkanlah ia berlalu dan serahkan kepada Izzah yang menyambung hasrat saudara.Fikirkanlah tentang kesihatan dan dosa dosa yang lalu agar hidup kita lebih tenang sewaktu berada dialam barzakh.Kasihan pada Kak Wan yang menanggung beban yang tak sepatutnya dipikul oleh seorang wanita.
       Mengapa nak samakan diri dengan Nelson Mandella,perjuangan Nelson tak sama dengan perjuangan sdr Anwar.Nelson memperjuangkan hak penduduk  kulit hitam di Afrika Selatan,perjuangan saudara Anwar hanyalah demi untuk menjejak kaki di Putrajaya,perjuangan Au San Sunn Kyi hanyalah untuk mengembalikan demokrasi di negara beliau.Tokoh yang diagung-agungkan saudara Anwar di Filipina (Jose Rizal)pun tersungkur akhirnya kerana cinta,Sheikh-ul Al -Qardawi (Mahaguru sdr Anwar) juga hidup terbuang dan ramai lagi pemimpin yang berjuang demi kepentingan bangsa dihormati tetapi perjuangan sdr Anwar semakin hari semakin jelas perjuangan agenda peribadi.BEREHATLAH SAUDARA ANWAR SEBELUM SAUDARA BENAR BENAR DIDAKWA DENGAN BUKTI YANG CUKUP!!!!.Saya fikir inilah peluang terbaik untuk saudara berehat dengan tenang sebelum dihampiri Malaikat Maut.Tinggalkanlah dunia politik saudara dan mulailah hidup saudara yang sebenarnya.InsyaAllah segala dosa diampunkan Allah yang maha pengampun.
      

Thursday, December 22, 2011

Dr.Hassan Ali & Nassaruddin-Tokoh PAS Yang Terpinggir atau Tokoh PAS yang Unggul ?

Jika kita bandingkan antara tokoh-tokoh Pas terdahulu dengan sekarang,ternyata terdapat
perbezaan yang jelas.Tokoh Pas yang dahulu berjuang dengan semangat untuk mendirikan negara Islam.Mereka tidak pernah meletakkan kepentingan menang pilihanraya melebihi kepentingan perjuangan berpaksikan Al Quran dan Hadis.Bagi mereka menang atau kalah ianya tetap suatu jihad dalam menegakkan Daulah Islamiah.Ahmad Fuad,Dr Burhanuddin,Asri Hj Muda,Dr Zulkifli Mohamed dan ramai lagi yang tak mencari nama melebihi nawaitu.

Mengapa Dr Hassan Ali ditolak?Dr Hassan Ali sebenarnya merupakan suatu ancaman kepada cita cita Anwar dan Lim Kit Siang untuk menjadi pemerintah kerajaan persekutuan.Anwar taklah sehebat Dr Mahathir disisi Lim/Karpal dan Hadi/Nik Aziz namun Anwar tak boleh dibiarkan bersendirian dalam tujuan mereka untuk menjatuhkan BN.PAS akan mendapat untung yang lebih bermakna dari segi moral bila berpakat dengan PKR/DAP berbanding bekerjasama dengan BN.PAS lebih memerlukan Karpal/Anwar/Kit Siang jika diberi pilihan antara Dr Hassan/Nassaruddin.Dimana ketegasan Hadi dan Nik Aziz? ("Tak Dok Sebab Demo Nok Lawe Kawe").Itulah kata-kata Nik Aziz yang selalu didengari bila BN/UMNO menentang PAS.Kalau menentang PAS bermakna menolak Islam.(Sila baca Tafsir Surah Hud Oleh Nik Aziz Nik Mat:Pelbagai kaedah tafsiran yang dibuat Nik Aziz tentang Al Quran sebagai risalah Tuhan).Amanat Hadi di Banggol Peradong juga demikian (Kite Menentang UMNO Bukang Kerane Namenye UMNO,tapi Kite Menentang UMNO kerane Dasornya yang mengikut dasor pemerintahang Orang-Orang Kapir,make menentang UMNO adalah Jihad.....1981-Amanah Hadi).

Sekarang PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP diatas dasar perjuangan apa?Perjuangan Islamkah?atau semata-mata hanya mahu menentang BN.Apakah dasar perjuangan DAP dapat diterima oleh PAS.(Jangan lupa " Nik Aziz pernah berkawan dengan syaitan" dan "Tuhan juga mencarut").Saya pernah mendengar Nik Aziz berkata "Kalau Nabi masih hidup tentunya Nabi akan menziarahi Negeri Kelantan (merujuk kepada kebaikan pemerintahan PAS yang berteraskan Islam).Sekarang mengapa tak berkata "Nabi akan menziarahi Kedah dan Selangor?".Mengapa membiarkan Karpal mencabar melangkah mayatnya dahulu jika mahu mendirikan negara Islam?Makna yang lebih mudah kata kata Karpal adalah "Beliau akan menentang dengan apa cara sekalipun jika sesiapa yang ingin mendirikan negara Islam.Siapa yang lebih teruk antara Karpal dengan UMNO? Siapa yang lebih baik antara Dr Hassan Ali dengan Lim Guan Eng?Apa saja yang dilabelkan kepada Lim Guan Eng (Khalifah Omar Abd Aziz) namun Lim Guan Eng tetap bukan seorang Muslim dan Dr Hassan Ali tetap seorang muslim.Hadi dan Nik Aziz jangan lupa bahawa orang lain juga belajar di Mesir,Jordan,Madinah,Libya,Sudan,Mekkah bersumberkan Al Quran yang sama.Jangan anggap orang lain semuanya kurang berilmu.

Manusia seperti Dr Hassan Ali sepatutnya dipertahankan oleh Pas tetapi disebabkan cita-cita ingin memerintah negara,kepentingan agama dan bangsa digadaikan.Nampaknya UMNO juga lebih bermakna kepada bangsa Melayu.PAS sudah semakin hilang ciri-ciri ke-alternatifan kepada orang Melayu.PAS sudah berpecah akibat TERLALU GILAKAN KUASA hingga tak kenal kawan dan lawan yang sebenar.

Sunday, November 27, 2011

-ONG KEE SWEE-MALAYSIA-HARIMAU MUDA
Tahniah Buat Squad Harimau Muda,Tewas atau menang bukan persoalan yang ingin saya bicarakan.Skuad harimau muda telah melalui satu proses kemajuan dalm pembangunan sukan bolasepak.Saya telah mengikuti perkembangan squad Ong Kee Swee sejak dari sukan SEA hingga ke saat tewas 2-3 kepada Bahrain.Momentum dan lonjakan kemajuan bolasepak yang ditunjukkan ternyata memberikan hasil yang positif.Senarai 25 pemain squad harimau ternyata sudah mampu melahirkan beberapa pemain bertaraf antarabangsa.Tidak perlu saya nyatakan siapa mereka tapi yang pastinya mereka sudah memiliki tahap mental professional dalam sukan bolasepak.
Manchester United,Real Madrid,Barcelona,Inter Milan,Boca Munich dan banyaklagi kelab ternama tewas namun mereka tetap dihormati kerana mereka mempamerkan mutu permainan yang mampu menjadikan permainan Bolasepak Itu sebagai Satu Industri.Dulu saya juga pernah ikuti sukan bolasepak tanah air semasa nama hebat seperti Mokhtar Dahari,Samad Ali Pithcay,Roni Pati Nasarani,Mohd Noh Abdullah,Yassin Yaakub,Ahmad Al -Tarbusi,Piyapoong Piyong serta beberapa penama hebat lain yang seangkatan ketika Squad Harimau Malaya mengangkat nama mereka stadium negara yang memuatkan 45 ribu penonton penuh sesak ketika Final sahaja,Pesta Bola Merdeka hanya menjadi tontonan siaran televisyen untuk pentas final sahaja.Hari ini asalkan saja squad Harimau Muda masuk gelanggang,tak kira peringkat mana,siapa mereka-UMNO ke PAS ke DAP ke tak berparti ke PATI ke asal bukan lawan negara mereka,mereka tumpang menyokong Harimau Muda.
Mengapa mereka semua tampil menyaksikan perlawanan yang melibatkan squad negara?Bukan kemenangan atau kekalahan mereka ingin saksikan tapi kemahiran yang dapat ditonjolkan oleh pemain squad harimau muda yang kalau boleh diuji sehebat mungkin.Penonton sememangnya tidak kecewa kepada kekalahan tetapi mereka akan kecewa terhadap mutu persembahan yang lemah.Dalam perlawanan menetang Bahrain semalam,ternyata pemain kita berupaya menembusi benteng lawan namun pemain pertahanan dan tengah yang kebanyakkan adalah pemain simpanan belum cukup terdedah untuk menyerap tekanan pihak lawan disamping kepenatan yang agak jelas yang terpaksa dilalui oleh pemain2 kesebelasan utama setelah menjuarai sukan SEA.Dari segi fizikal memang squad kita tewas namun yang patut kita puji adalah kemampuan dan keupayaan mental pemain kita menghadapi semua tekanan.Itu lebih besar kejayaan JANGKA MASA PANJANG bolasepak negara.TAHNIAH SEKALI LAGI UNTUK ONG KEE SWEE DAN SQUAD HARIMAU MUDA.


Monday, November 21, 2011

PUSAKA POLITIK DAN PUAKA POLITIK

Politik yang berasaskan perjuangan bangsa;suatu perjuangan yang dianggap Assabiyyah,
perjuangan politik yang berasaskan agama dianggap Jihad.MENCARI KEBENARAN DAN PENILAIAN ANTARA UMNO DAN PAS.

Assabiyah:Suatu perjuangan yang mementingkan kaum serta mengenepikan hak kaum lain.
Jihad :Suatu perjuangan menegakkan agama Islam dengan segala pengorbanan.

PAS menjadikan Al-Quran dan Hadith sebagai dasar perlembagaannya.UMNO memperjuangkan bangsa Melayu secara bekerjasama dengan kaum-kaum lain dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.Hasilnya kemerdekaan tercapai pada tahun 1957.
Orang Melayu adalah secara rasminya penganut agama Islam,PAS tidak bersetuju dengan cara UMNO kerana Perlembagaan Negara berasaskan Demokrasi British.Perdebatan dan perbalahan antara PAS dan UMNO bermula dari sejak penubuhannya dan berlarutan sehingga tahun 1974 dan memuncak kembali pada tahun 1981 melalui amanat2 yang sangat kontroversi sehingga menimbulkan konflik keagamaan yang sangat meruncing hingga membawa kepada tragedi pembunuhan dan perpecahan dalam keluarga yang sangat kritikal.Tiada satu pun piagam yang mampu menyatukan semula antara UMNO dan PAS.UMNO dengan slogan 'PERJUANGAN BANGSA' dan 'PAS UNTUK SEMUA' sehingga menyebabkan orang lain terpaksa menjadi penonton kepada Sayembara 2 Parti Melayu yang terbesar ini.Mengapa semua ini terjadi?Adilkah kepada anak Melayu yang mendiami bumi Malaysia ini?Andaikan UMNO tidak menepati kehendak perjuangan Islam dari kacamata PAS,mengapa perlu menolak kerjasama dengan UMNO dan menerima DAP sebagai sahabat?

Libya,Mesir,Syria,Sudan dan Lubnan;negara yang lebih Islamik berbanding Malaysia yang menjadi contoh kepada PAS suatu masa dahulu kini terbukti mengambil Malaysia menjadi contoh dan model sebuah negara. Hampir 13juta rakyat Malaysia yang layak mengundi menjadi keliru dengan dasar2 sesebuah parti yang mempamerkan segala macam janji kebaikan dan perubahan termasuk juga parti UMNO.Rakyat Malaysia sebenarnya masyarakat yang perihatin terhadap semua perkara.Rakyat Malaysia sanggup membela sesiapa sahaja yang dilihat teraniaya.Berbagai 'THON' dilancarkan dan ternyata rakyat Malaysia adalah masyarakat penyayang.TETAPI dalam berpolitik,rakyat Malaysia sanggup "MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI".Mampukah rakyat Malaysia hari ini menjadi masyarakat pesaing seperti di negara maju?terutama bangsa Melayu.Dasar yang dirangka oleh pemimpin terdahulu ternyata menjadi asas kekuatan bangsa Melayu tanpa menolak hak2 kaum lain.Tongkat yang disediakan cukup menyelesakan orang Melayu dan tidak dibantah oleh kaum lain secara total.Krisis perebutan kuasa untuk menjadi pemerintah menampakkan kepentingan diatas dikesampingkan bila tiba musim pilihanraya.Barisan Nasional telah menunjukkan corak pemerintahannya selama 54 tahun,Tunku Ab.Rahman-Razak-Hussin-Mahathir-Abdullah-Najib hampir sama dengan pemerintahan Gaddaffi dan Mubarrak,cuma yang membezakan mereka adalah pemimpin individu dan pemimpin perjuangan sebuah parti.Saya yakin dan percaya jika Tunku memerintah selama Gaddaffi atau Mubarrak rakyat Malaysia juga akan menggulingkan kerajaan Tunku,begitu juga Razak,Hussin atau Mahathir.NAMUN oleh kerana pendekatan yang diperjuangkan oleh pemimpin2 tersebut bersesuaian dengan zaman mereka sendiri maka keunggulan pemimpin tadi sukar digugat.Era Najib nampaknya lebih mencabar berbanding dengan kelima2 pemimpin yang lain kerana masyarakat Malaysia sudah mula terdedah dengan Dunia Tanpa Sempadan dan Perubahan Nilai.Nik Aziz-Hadi-Anwar-Karpal-Kit Siang menyedari perubahan nilai yang melanda masyarakat Malaysia,terutamanya Anwar Ibrahim yang telah melalui pelbagai tahap kedudukan dan pengalaman berorientasikan pergerakkan politik.Keuntungan dari perubahan nilai ini menjadi milik Pakatan Rakyat dalam PRU12 dan terjemahan rakyat diatas kertas undi telah menyebabkan BN hilang majoriti 2/3 di parlimen dan tempiasnya sampai ke Kelantan.

SENARIO POLITIK NEGERI KELANTAN-8MAC 2008-21NOV.2011

45 DUN/14 PARLIMEN menjadi rebutan:Kemerosotan PRU12 ternyata tidak relevan dengan Najib,Najib hanyalah pemain simpanan diketika itu.Pak Lah dikenakan kad kuning oleh pengadil yang dimainkan peranan oleh seluruh rakyat Malaysia yang layak mengundi,namun pada peringkat awalnya (2004) rakyat menjadi penyokong dan refferee kepada Pak Lah,disebabkan Pak Lah tidak menjaringkan gol yang mengembirakan rakyat maka penyokong berpaling tadah dan memberikan sokongan kepada pihak yang lain termasuklah di Kelantan.Tak perlu analisis yang terperinci cukup sekadar menyatakan lebih 70% pengundi muda di Kelantan menolak BN pada 2008.Bijak pandai dalam UMNO menyedari hakikat tersebut lalu mendesak pemain simpanan dimasukkan dan menukar pemain yang ada.Acceptance (Penerimaan) dikalangan rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa mula menunjukkan perubahan namun momentumnya masih belum selari dengan rakyat negeri Kelantan.1Malaysia-Rakyat diDahulukan,Pencapaian diUtamakan (Perlu diungkapkan sepenuhnya,kata Ketua Pengarah JASA Malaysia,Dato' Fuad Tan Sri Hassan dalam wawancara Bicara Rakyat di Melborne,Australia baru baru ini) memberi gambaran yang menunjukkan Najib mula menghambakan diri kepada rakyat demi memenuhi kehendak kepada perubahan nilai.Gagasan dalam NKRA (6+1)ternyata memenuhi cita rasa dan perubahan nilai tersebut.(Tahniah kepada Dato' Fuad yang berjaya membicarakan perubahan nilai diluar wilayah rakyat yang mengundi dan mendedahkan diperingkat global).Nilai perubahan rakyat Kelantan masih lagi terikat dengan dendam peribadi kepada pemimpin nasional.Sebagai contoh,seorang wakil rakyat yang boleh dikatakan langsung tidak menjenguk kawasan namun tetap menang pilihanraya dan masih
lagi mendapat tempat dihati rakyat.Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Najib sudah mula menampakkan kesan dihati rakyat bila mana rakyat tidak menolaknya.Rakyat Kelantan belum memuji sepenuhnya namun tidak menolak sudah cukup bagi Najib sebagai suatu penerimaan.Persoalan keadilan bajet 2012 disisi masyarakat memang tidak boleh lari dari dipersoalkan.Sesiapa pun akan persoal tentang keadilan bila mereka merasa bahagian kurang berbanding dengan orang lain (Itu memang sifat semula jadi manusia).Generasi muda sudah tidak merasa kekok (janggal) untuk menghadiri majlis yang dianjurkan UMNO.Tiada pemulauan yang agak jelas dikalangan generasi dewasa dan warga emas juga tidak sukar melemparkan senyuman kepada penggiat UMNO.PAS Kelantan amat menyedari hakikat ini dan merangka berbagai strategi agar momentum ini mesti dihentikan.UMNO Kelantan juga sudah mula membincangkan tentang saranan Najib tentang calon yang mampu menang untuk diketengahkan.Pelbagai karakter dan ciri dirangka bagi mencari calun yang benar benar wibawa.
Di negeri Kelantan sebenarnya semua calun berwibawa bila mantan2 YB diketengahkan kerana mereka pernah dipilih dan juga pernah ditolak.Mereka ditolak bukan kerana 'Personnal Crediblity' tetapi kerana "Isu yang Berwibawa."

Kewibawaan Isu yang dimainkan lebih memberi markah kepada sesebuah parti berbanding Wibawa Calun yang diketengahkan,justeru kedua-dua faktor WIBAWA mesti diambil kira.PAS sudah memulakan perang psikologi dengan melontarkan Isu2 yang bersifat nasional dan cuba menonjolkan calon2 yang 'Berjurus'(Pekerti yang baik) bagi melawan pendekatan yang dibuat Najib.Ini menunjukkan pendekatan Najib mula dirasakan menggugat kekuatan PAS Kelantan.Keadaan ini membuatkan semua pemimpin UMNO Kelantan dalam keluh kesah samada disenarai pendekken atau tidak.Senario ini sebenarnya memberi tekanan kepada PAS.Rakyat sudah mula bersetuju dengan langkah Najib dan Najib dilihat benar-benar ingin MENDAHULUKAN RAKYAT DAN MENGUTAMAKAN PRESTASI.
Tidak mustahil BN kembali memerintah Kelantan jika sekiranya hasrat Najib dilaksanakan sepenuhnya oleh kepimpinan UMNO Kelantan.Keikhlasan Mustapa Mohamed dan sikap serta cara kerja beliau menjadi faktor utama kepada kejayaan tersebut.Merakyatkan UMNO perlu dilaksanakan segera dalam mencapai hasrat tersebut.UMNO perlu dilihat milik rakyat dan bukan sebaliknya.Perubahan itu dinyatakan Najib dalam perhimpunan Agung UMNO yang lepas bila kaedah memilih pemimpin diubah menjadi lebih terbuka dan ahli UMNO yang hanya 'di-ahlikan' sebelum ini mula terasa benar-benar ahli akan mengambil bahagian dan menambah kekuatan dari segi moral maka BN terlalu sukar untuk bertarung dipentas yang diadili rakyat.Rakyat Kelantan dan Terengganu tidak jauh bezanya dari segi pemikiran dan bersosial serta amalan cara hidup mereka.Mereka menjatuhkan Wan Mokhtar kerana isu personnal,rakyat Kelantan menjatuhkan BN kerana isu personnal Kuli,cuma sedikit bezanya rakyat Kelantan lebih mengasihani pemimpin yang nampak lebih meskin daripada mereka yang bermewah yang kurang mendekati rakyat.Kekayaan peribadi tidak menjadi halangan cuma perlu dimanfaatkan untuk mendekati rakyat.Rakyat Kelantan mungkin memberikan laluan selesa untuk Najib membentuk Kerajaan tetapi usaha untuk menawan Kelantan perlu dilipat gandakan.


.

Wednesday, November 16, 2011

KARPAL-NIK AZIZ-ANWAR VS MOHD NAJIB

Negara Berkebajikan-Suatu Retorik Yang Tiada Penghujung.
Kepada warganegara Malaysia yang saya hormati,Polimik memancing undi sudah bermula,gendang PRU semakin hampir untuk dipalu,tukang canang sudah bersiap sedia.KARPAL (DAP-Anak didik PAP),NIK AZIZ(PAS-Perjuangan Pemerintahan Islam) &ANWAR (PKR-Perjuangan Peribadi Yang Tak Pernah Selesai).

MOHD NAJIB RAZAK-TRANSFORMASI UNTUK SEJAHTERAKAN RAKYAT

Setelah Bajet 2012 dibentang,PR mula mendakwa Bajet Cedok kononnya draft bajet PR sama dengan bajet yang dibentangkan oleh Mohd Najib.Soalan mudahnya:KENAPA PERLU TUKAR KERAJAAN BILA APA YANG HENDAK DILAKSANA OLEH PR SAMA DENGAN APA YANG DIBUAT OLEH BN?Jawapan ini Sdra Anwar Ibrahim kena jawab.

KARPAL SINGH-MENENTANG HUKUM HUDUD DAN PENUBUHAN NEGARA ISLAM

Edah musim PRU semakin hampir,HUKUM HUDUD dilaungkan semula,pelbagai forum dianjurkan,nampak HUKUM HUDUD juga bermusim mengikut musim pilihanraya.KARPAL terkapai-kapai
malahan terjerat dengan ketetapan PAS yang ISTIQAMAH dengan perjuangan.(Tahniah PAS).

NIK AZIZ-PERJUANGAN BERUBAH KERNA KARENAH BRO KIT DAN BRO KARPAL

Saya kenal Anwar dan Nik Aziz lebih lama dari mengenali Karpal dan Lim Kit Siang,entah mengapa saya rasa kesian dengan mereka berdua kerana terperangkap dengan Karpal dan Lim Kit Siang dalam cita-cita memerintah negara.Anwar hanya menumpang sementara orang Melayu menunjangi PAS,Cina dan India mendokong DAP dan serpihan-serpihan yang tewas kepada Mahathir yang masih kecewa memeluk PKR.Cuba kita toleh kebelakang sedikit mengimbaui sahabat silam Nik Aziz:Nakhaei,Asri Hj Muda,Ishak Lotpi,Muhammad Nasir,Wan Ismail,Fadhil Nor,Ibrahim Libya,Hj Noor Teliar(Tuan Guru Penulis),Hj Lah Lubok Tapah,Yusof Rawa,Hj Ghani Ab Rahman dan ramai lagi yang tak dapat disebut sudah bertukar pemikiran kerana pendekatan yang dibawa PAS sudah berubah.Saya mengenali Nik Aziz ketika guru saya (Hj Noor Teliar) bertanding namun tewas tipis di DUN Tendong selepas itu beliau diburu oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri bersama Hj Lah Lubok Tapah.Nik Aziz hanyalah insan kerdil diwaktu itu.Nasib menyebelahi Muhammad Nasir dan beliau bersama BERJASA (Panglimanya adalah Ibrahim Ali) ditabal memjadi Menteri Besar Kelantan.Anwar Ibrahim pun terloncat-loncat berceramah dimerata-rata sampai digelar Bung Karno Malaysia.Ketika Muhammad Yaacob memerintah Kelantan Nik Aziz sama tarafnya dengan Adi Jagat (Ibrahim Ali),namun PAS diwaktu itu didokong oleh majoriti anak-anak pondok yang semutarnya (Serban) ala Tok Kenali mendekati masyarakat kampung,Kebetulan (Takdir Allah S.W.T) berlaku perpecahan dalaman yang amat hebat antara team A dan team B pada dalan pimpinan UMNO lalu tertubuh Semangat 46 yang membantu PAS dengan nama pakatan APU(Angkatan Perpaduan Ummah).Bagi saya APU adalah Angkatan Perpecahan Ummah.Setelah 3 penggal UMNO dilanda musibbah(1990/1995=Semangat 46,1999=KeAdilan,2004 BA hampir menemui AJAL dan 2008 kritikan Mahathir yang teruk terhadap Pak Lah) dan untuk menghadapi ketelusan NAJIB terhadap rakyat Nik Aziz mati akal lalu menerima saranan Anwar untuk menukar slogan NEGARA BERKEBAJIKAN.

Saya adalah generasi yang telah akil baligh ketika pemerintahan Tun Razak dan sempat membuat penilaian secara pemikiran remaja ketika itu,Tun Razak benar-benar mahu mensejahterakan rakyat Malaysia.Lebuh Raya Timur Barat dirangka,Rancangan Buku Hijau,Tabung Haji,Rancangan Peneroka Felda,Felcra dan segala kemudahan untuk rakyat dibuat demi warganegara.Pada tahun 1977 Tun Razak ke kampung saya di Teliar merasmikan sebuah mesjid dan saya sempat bersalaman dengan beliau dan saya menerima berita sedih diatas kehilangan beliau.Ketika itu Nik Aziz juga penyokong beliau (Kerajaan Perikatan).Mengapa PAS boleh duduk sekali dengan BN pada tahun 1974-1978?Salah satu sebabnya peristiwa 13 Mei 1969 menghantui negara.Hari ini anak didik Tun Razak kembali sebagai pemerintah dan ternyata masih ada darah sisa-sisa perjuangan Tun Razak yang mendahulukan rakyat dalam agenda pemerintahan beliau (Rakyat di Dahulukan,Pencapaian diUtamakan dalam konteks 1Malaysia).

Anwar Ibrahim sedar kemampuannya amat terbatas untuk menjatuhkan Najib tanpa sokongan PAS dan Kaum Cina lalu berjemok-kira (berunding) dengan Lim/Karpal-Nik Aziz/Hadi untuk memerintah negara dengan moto Menuju Ke Putrajaya.Parlimen ditumpukan kepada PKR/DAP dan DUN kepada PAS di negeri yang diperintah oleh PAS.(Lihat kabinet bayangan Pakatan Rakyat).Ternyata rakyat terpesona dengan gagasan Anwar Ibrahim pada 2008 ditambah dengan kritikan Tun Mahathir terhadap Pak Lah yang menyebabkan BN hilang 2/3 majoriti di Parlimen.PRU 13 benar-benar ujian bagi Mohd Najib dan segalanya bergantung kepada sebesar mana kesilapan Najib lakukan semasa pemerintahan.Berbagai pendekatan yang dibuat Najib demi tanggungjawab yang dipikul dan dilihat bertanggungjawab terhadap rakyat dan perubahan dalam parti UMNO yang menampakkan perubahan dari segi cara pembentukkan struktur jawatankuasa parti.

Pakatan terpaksa menawarkan apa saja selain mencabar kerajaan BN dalam pelbagai bentuk demi meraih sokongan namun situasinya setiap tawaran yang cuba digambarkan oleh PR dilaksanakan oleh Najib dan setiap acabaran disambut oleh Najib.Hanya satu lagi senjata yang tinggal iaitu proses memfitnah yang berterusan perlu dirancang agar rakyat sentiasa dalam kecurigaan dan keraguan terhadap Najib namun sehingga masa kini segala fitnah yang lalu tidak cukup meyakinkan rakyat tentang tohmahan tersebut.Dalam masa yang sama Anwar Ibrahim dilanda pelbagai isu moral yang sedikit sebanyak menggugat sokongan dikalangan kumpulan ulamak dalam PAS walaupun dicover oleh kumpulan erdogan.


Nik Aziz dengan sifat 'pongohnya'(Gopoh) dalam mengeluarkan komen terpaksa menelan kembali kenyataan-kenyataan yang lepas demi menjaga perpaduan PR yang mahu dilihat berpadu disisi pandangan rakyat walhal hanya RETAK MENANTI BELAH dan diambang perpecahan yang dahsyat dalam PKR apatah lagi hulubalang-hulubalang PKR telah berpaling tadah seperti Ezam Mohd Nor,Zahari Mohamed,Hamidzun Khairudin,Roslan Kassim,Zahid Mat Arif,Ghani Haroon,Dr Fairuz Khairudin,Lokman Adam,K.Nallakarrupan,Hamdan Taha,Anuar Shaari,Wee Choon Keong,Tan Wei Shu,Tan Tee Beng,V.Arumugan serta ramai lagi ketua ketua cabang yang merasa PKR adalah parti milik Anwar Ibrahim.


DIMANA BEZA PAKATAN PEMBANGKANG DENGAN BN DALAM KEMUAFAKATAN PELBAGAI AGAMA DISUDUT PERJUANGAN PAS?


Dahulunya PAS menuduh UMNO kafir kerana bersokongkol dengan orang bukan Islam dalam pakatan Barisan Nasional,sekarang persoalan DAP dan PKR yang bersama PAS adalan lebih teruk kerana KARPAL telah menyatakan dengan jelas pendirian DAP jika sekiranya PAS ingin menubuhkan negara Islam maka LANGKAH MAYAT KARPAL SINGH DULU,demi untuk mengelak dari terpaksa melangkah mayat Karpal maka Nik Aziz bersetuju mengubah pendirian dari penubuhan negara Islam menjadi negara kebajikan.
Tidak ada seorang pun dikalangan ahli UMNO yang memohon untuk DILANGKAH MAYAT sekiranya PAS nak menubuhkan negara Islam namun UMNO tetap dianggap kafir disisi PAS.ISLAM kah KARPAL,LIM KIT SIANG,LIM GUAN ENG(dilabelkan Khalifah Umar Abd Aziz) berbanding dengan pemimpin UMNO?Nampak gayanya Nik Aziz tak menemui jalan keluar dari kemelut UMPANAN HUKUM HUDUD sebagai modal PRU13.

Jangkaan saya PR13 akan menampakkan penambahan sokongan kepada Najib namun kawasan kubu kuat PAS dan PKR masih lagi ditawan oleh mereka,walaubagaimanapun tahap sokongan dikalangan akan berubah apabila perbadingan di atas dilihat oleh rakyat dan mereka menunggu untuk membuat keputusan pada PRU13 nanti.Disisi pengundi Melayu,mereka mula memikirkan nasib bangsa melebihi perkara-perkara lain berbanding kaum Cina sebagai kumpulan pendesak untuk kepentingan kaum,justeru golongan Melayu muda dalam dilema dan diatas pertimbangan kaum tersebut penambahan undi BN akan berlaku pada PRU13 nanti.

SOALAN MUDAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA.
1.Untuk apa perlu ubah kerajaan?
2.Lebih baik kah kerajaan PR yang memerintah negeri-negeri berbanding kerjaan BN dalam menangani masalah rakyat?
3.Apa jaminan kerajaan PR dalam keutuhan muafakat terhadap perlembagaan negara dalam Hak-Hak Keistimewaan Orang Melayu (Kontrak Sosial).
4.Sekiranya BN tewas,adakah BN menjadi parti pembangkang yang sangat lemah?
5.Meningkatkah kepercayaan negara luar terhadap kerajaan PR?
10.Adakah syiar Islam di Malaysia akan menjadi lebih baik dari sekarang?(Cuba lihat isu Pelaksanaan Hudud Kelantan dan Terengganu-mengapa ada 2 versi)
11.Terhapuskah rasuah?atau semakin berkurangan?(Cuba lihat Isu Negeri Kelantan-Ladang Rakyat/PMBK.)
12.Siapa yang benar-benar berkuasa dalam pakatan rakyat?