Saturday, January 15, 2011

ANWAR IBRAHIM DALAM KELUH KESAH

Nampaknya Sdr DSAI telah menghampiri zaman karier politik yang muram. DSAI ketika beliau memunculkan diri sebagai pembela Bangsa ketika menjadi Pemimpin pelajar di Universiti Tempatan beliau nampak agak hebat.Pada ketika itu DSAI berhadapan dengan Tan Sri Ghazali Shafie dengan Isu Baling.Beliau dikenakan tahanan Isa bersama Hishamuddin Rais,Mohamad Sabu,Rais Satiman,Ibrahim Ali dan ramai lagi yang dianggap pemimpin pelajar yang hebat.

Setelah beliau dibebaskan,masyarakat terpesona dengan pidato beliau yang berapi.Beliau diangkat menjadi pemimpin belia,kemudian dilamar oleh Tun DR Mahathir kedalam UMNO serta Tun M. menggilap beliau bagai menatang minyak yang penuh.Dari seorang pemimpin belia menjadi Timbalan Menteri kemudian menjadi menteri penuh,dari pemimpin belia menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam dua kali percubaan,siapa yang membantu beliau menewaskan Dato' Suhaimi Hj Kamarudin?Sebelum ini DSAI hanya mengutip pendapatan dari yuran Yayasan Anda hingga bergaji menteri.Siapa yang membantu beliau menewaskan calon2 naib presiden UMNO yang lain?Akhir sekali siapa yang memberi jawatan Menteri Kewangan dan melonjakkan beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri serta menewaskan Tun Abd.Ghaffar yang begitu setia kepada UMNO?

Orang yang paling kecewa dengan sikap Anwar Ibrahim adalah Tun M.Berbelas tahun Tun M mendidik dan menggarab peribadi Anwar dengan harapan menjadi pengganti beliau,tiba tiba terlibat dengan isu salah laku seks liwat.Apakah Tun M nak menjatuhkan belaiu dengan cara sedemikian?apakah Tun M sudah tidak ada cara lain untuk menjatuhkan beliau?Tun M mempunyai banyak cara untuk menjatuhkan beliau kerana Tun M lah yang mengangkat beliau.

Apabila beliau dikenakan hukuman penjara kerana salah guna kuasa,beliau menubuhkan parti KeAdilan sebagai wadah perjuangan beliau untuk membebaskan diri dari penjara.Parti KeAdilan hanyalah semata mata untuk perjuangan peribadi beliau,kononnya beliau adalah mangsa konspirasi musuh beliau untuk menjatuhkan beliau.Hari ini beliau mendakwa menjadi mangsa konspirasi lawan beliau pula.

Mengapa beliau tidak mahu kes beliau dibicarakan secepat yang mungkin?beliau cuba memberi pelbagai alasan supaya kes beliau dilambat lambatkan.Sebenarnya rakyat Malaysia tertunggu tunggu untuk melihat Anwar dibicarakan segera agar kebenaran terserlah jua.
Saya tidak berapa kisah sangat kes beliau melakukan perbuatan meliwat atau tidak TETAPI saya amat sedih dengan prinsip perjuangan politik beliau pada hari ini.Beliau sanggup menggadai bangsa sendiri demi kerakusan cita cita beliau ingin menjadi Perdana Menteri.INGATLAH Kita hanya mampu merancang tetapi TUHAN yang menentukan.Ada hikmat dan hikmahnya mengapa Sdr Anwar Ibrahim tidak diangkat menjadi Perdana Menteri.

KES DR RAIS YATIM ROGOL AMMAH!!!!

Pembaca Blog Yang Di Hormati,

Minggu lepas keterangan telah diberikan oleh pembantu rumah yang dituduh dirogol oleh YB Menteri Dato' Seri Dr.Rais Yatim,beliau (Pembantu Rumah) sendiri telah membuat membuat pengakuan bahawa beliau tidak pernah dirogol atau diancam oleh Dato' Rais Yatim sepanjang beliau bekerja di rumah Dato Seri Rais Yatim.Pendedahan yang dibuat oleh penulis blog RockyBru adalah sesuatu yang tidak bertanggung jawab dan ternyata tidak benar apabila Dato Seri Dr.Rais Yatim membuat laporan polis dan pengakuan oleh pembantu rumah beliau.

Persoalan disini adalah adakah pertuduhan-pertuduhan sebegini hanya setakat dipaparkan dalam blog sahaja?mengapa tidak dilaporkan kepada pihak polis dan bawa mangsanya sekali?
Kalau setakat hendak mencari populariti didalam blog saya rasa lebih baik paparkan tentang maklumat yang boleh membawa kepada kebaikan dan keamanan untuk sejagat.

Saya berpendapat tidak padan taraf RockyBru untuk menulis blog semacam ini berbanding dengan title dan jawatan yang dipegang.Masyarakat zaman sekarang sudah berubah,mereka terdedah kepada pelbagai media dan amat memalukan jika bangsa Melayu yang dianggap bersopan santun hanya menulis blog bercerita tentang isu khalwat dan rogol.

Wednesday, January 5, 2011

ISU MENTERI ROGOL PEMBANTU RUMAH

Salam Kepada Semua Warga Malaysia tanpa Mengira Fahaman Politik,
Disini saya terpanggil untuk menulis tentang cerita yang dipaparkan melalui blogers serta berita TV3 dan TV1 semalam 5hb.Jan 2011(Rabu).Saya ingin berkongsi dengan saudara/saudari bahawa pada zaman siber ini terlalu ramai masyarakat yang mudah disuapkan berita melalui FaceBook dan Blog tentang cerita cerita bagi menjatuhkan imej serta moral seseorang.Dalam ruang ini saya ingin membicarakan tentang suatu tuduhan yang dilemparkan pada seorang tokoh politik yang terkenal iaitu Dato' Seri Utama Dr.Rais Yatim.Sepanjang yang yang saya kenali beliau sebagai orang politik dan sebelum ini sebagai pensyarah di Linguistic Institute (LI) melalui paparan paparan berita/media cetak eletronik dan pembabitan saya sewaktu zaman Tun Hussien Onn,Tun Dr.Mahathir,Tun Abdullah dan zaman Dato' Seri Najib.Ambo pernah mengikuti Allahyarham Dato' Hj Muhammad Bin Nasir (Bekas Menteri Besar Kelantan (Pas),kemudian sewaktu Allahyraham Tan Sri Mohammad Yaacob (Bekas MB Kelantan(BN),Dato' Seri Nik Aziz Nik Mat(Sekarang),ambo dapati Dato Seri Utama Dr.Rais seorang yang sangat berpegang kepada prinsip.Sewaktu pemimpin seangkatan dengan beliau seperti Dato' Adib Adam,Dato Senu Ab.Rahman,Tan Sri Khir Johari,Tan Sri Ghazali Jawi serta pemimpin kelantan seperti Tan Sri Abdullah Kok Lanas,YM Tg.Razaleigh,YM Tengku Ahmad Rithaudeen dan ramai lagi.Sepanjang ingatan itu saya tidak pernah mendengar desas desus mengenai perilaku Dr.Rais Yatim yang tidak bermoral.Semasa beliau menjadi kem Kuli(Team B)
sepatutnya beliau didedahkan tentang perilaku yg tidak bermoral kerana itulah masa yang sangat sesuai untuk menjatuhkan beliau melalui media cetak yang dikuasai kerajaan pada masa itu.
Apabila Tun Dr.Mahathir menerima "Kepulangan" Team B, Sdr Dato' Seri Anwar Ibrahim
adalah orang kuat Dr.Mahathir namun Anwar juga terasa ancaman politik Team B akan muncul terhadap beliau namun tidak ada cerita seperti ini pada masa itu.Antara kepulangan tokoh dalam kabinet dari Semangat 46 adalah Dato Seri Utama Dr.Rais sendiri.(Saya pernah menjadi pendokong kuat Pak Sheikh Anwar Ibrahim hingga pernah disingkirkan sebagai ahli UMNO).
Sedikit sebanyak saya juga mengenali Datin Seri Maznah dan cara Datin Seri mengurus rumahtangga.Secara rasionalnya saya seratus peratus tidak mempercayai dakwaan blogers yang mengatakan Dr.Rais berkelakuan sedemikian.
Saya ingin menasihatkan para blogers supaya ingatkan diri sendiri bahawa DOSA MEMFITNAH ITU LEBIH BESAR DARI MEMBUNUH.Sepatutnya blogers semua membawa kepada kebaikan bukannya kerja memfitnah.Terus terang saya katakan antara Menteri Kabinet yang ada pada hari ini,Dato'Seri Utama Dr.Rais Yatim adalah tokoh yang paling berwibawa untuk memimpin negara dan mampu melemahkan ancaman Pakatan Rakyat.Justeru beliau mulai diserang dari pelbagai aspek dan media baru adalah salah satu medan yang terbaik.
Saya juga ingin menegur pelbagai aktivis parti tak kira BN atau PR:ingatlah bahawa bumi yang kita diami ini bukan medan untuk MEMFITNAH atau MENJATUHKAN seseorang tapi gunakanlah untuk kebaikkan.
Seingatan saya Dato' Rais adalah orang yang paling berpengalaman dalam kabinet yang ada sekarang jadi tidak hairanlah kalau pihak pembangkang nak jatuhkan BN mereka kena lakukan proses uraian (dismantle of component).Komponen yang dilihat perlu untuk dibuat uraian adalah Menteri Kabinet yang mampu mengancam momentum Pakatan Rakyat.Dr.Rais adalah orang yang menjadi target component.---Wassalam.