Thursday, December 22, 2011

Dr.Hassan Ali & Nassaruddin-Tokoh PAS Yang Terpinggir atau Tokoh PAS yang Unggul ?

Jika kita bandingkan antara tokoh-tokoh Pas terdahulu dengan sekarang,ternyata terdapat
perbezaan yang jelas.Tokoh Pas yang dahulu berjuang dengan semangat untuk mendirikan negara Islam.Mereka tidak pernah meletakkan kepentingan menang pilihanraya melebihi kepentingan perjuangan berpaksikan Al Quran dan Hadis.Bagi mereka menang atau kalah ianya tetap suatu jihad dalam menegakkan Daulah Islamiah.Ahmad Fuad,Dr Burhanuddin,Asri Hj Muda,Dr Zulkifli Mohamed dan ramai lagi yang tak mencari nama melebihi nawaitu.

Mengapa Dr Hassan Ali ditolak?Dr Hassan Ali sebenarnya merupakan suatu ancaman kepada cita cita Anwar dan Lim Kit Siang untuk menjadi pemerintah kerajaan persekutuan.Anwar taklah sehebat Dr Mahathir disisi Lim/Karpal dan Hadi/Nik Aziz namun Anwar tak boleh dibiarkan bersendirian dalam tujuan mereka untuk menjatuhkan BN.PAS akan mendapat untung yang lebih bermakna dari segi moral bila berpakat dengan PKR/DAP berbanding bekerjasama dengan BN.PAS lebih memerlukan Karpal/Anwar/Kit Siang jika diberi pilihan antara Dr Hassan/Nassaruddin.Dimana ketegasan Hadi dan Nik Aziz? ("Tak Dok Sebab Demo Nok Lawe Kawe").Itulah kata-kata Nik Aziz yang selalu didengari bila BN/UMNO menentang PAS.Kalau menentang PAS bermakna menolak Islam.(Sila baca Tafsir Surah Hud Oleh Nik Aziz Nik Mat:Pelbagai kaedah tafsiran yang dibuat Nik Aziz tentang Al Quran sebagai risalah Tuhan).Amanat Hadi di Banggol Peradong juga demikian (Kite Menentang UMNO Bukang Kerane Namenye UMNO,tapi Kite Menentang UMNO kerane Dasornya yang mengikut dasor pemerintahang Orang-Orang Kapir,make menentang UMNO adalah Jihad.....1981-Amanah Hadi).

Sekarang PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP diatas dasar perjuangan apa?Perjuangan Islamkah?atau semata-mata hanya mahu menentang BN.Apakah dasar perjuangan DAP dapat diterima oleh PAS.(Jangan lupa " Nik Aziz pernah berkawan dengan syaitan" dan "Tuhan juga mencarut").Saya pernah mendengar Nik Aziz berkata "Kalau Nabi masih hidup tentunya Nabi akan menziarahi Negeri Kelantan (merujuk kepada kebaikan pemerintahan PAS yang berteraskan Islam).Sekarang mengapa tak berkata "Nabi akan menziarahi Kedah dan Selangor?".Mengapa membiarkan Karpal mencabar melangkah mayatnya dahulu jika mahu mendirikan negara Islam?Makna yang lebih mudah kata kata Karpal adalah "Beliau akan menentang dengan apa cara sekalipun jika sesiapa yang ingin mendirikan negara Islam.Siapa yang lebih teruk antara Karpal dengan UMNO? Siapa yang lebih baik antara Dr Hassan Ali dengan Lim Guan Eng?Apa saja yang dilabelkan kepada Lim Guan Eng (Khalifah Omar Abd Aziz) namun Lim Guan Eng tetap bukan seorang Muslim dan Dr Hassan Ali tetap seorang muslim.Hadi dan Nik Aziz jangan lupa bahawa orang lain juga belajar di Mesir,Jordan,Madinah,Libya,Sudan,Mekkah bersumberkan Al Quran yang sama.Jangan anggap orang lain semuanya kurang berilmu.

Manusia seperti Dr Hassan Ali sepatutnya dipertahankan oleh Pas tetapi disebabkan cita-cita ingin memerintah negara,kepentingan agama dan bangsa digadaikan.Nampaknya UMNO juga lebih bermakna kepada bangsa Melayu.PAS sudah semakin hilang ciri-ciri ke-alternatifan kepada orang Melayu.PAS sudah berpecah akibat TERLALU GILAKAN KUASA hingga tak kenal kawan dan lawan yang sebenar.

Sunday, November 27, 2011

-ONG KEE SWEE-MALAYSIA-HARIMAU MUDA
Tahniah Buat Squad Harimau Muda,Tewas atau menang bukan persoalan yang ingin saya bicarakan.Skuad harimau muda telah melalui satu proses kemajuan dalm pembangunan sukan bolasepak.Saya telah mengikuti perkembangan squad Ong Kee Swee sejak dari sukan SEA hingga ke saat tewas 2-3 kepada Bahrain.Momentum dan lonjakan kemajuan bolasepak yang ditunjukkan ternyata memberikan hasil yang positif.Senarai 25 pemain squad harimau ternyata sudah mampu melahirkan beberapa pemain bertaraf antarabangsa.Tidak perlu saya nyatakan siapa mereka tapi yang pastinya mereka sudah memiliki tahap mental professional dalam sukan bolasepak.
Manchester United,Real Madrid,Barcelona,Inter Milan,Boca Munich dan banyaklagi kelab ternama tewas namun mereka tetap dihormati kerana mereka mempamerkan mutu permainan yang mampu menjadikan permainan Bolasepak Itu sebagai Satu Industri.Dulu saya juga pernah ikuti sukan bolasepak tanah air semasa nama hebat seperti Mokhtar Dahari,Samad Ali Pithcay,Roni Pati Nasarani,Mohd Noh Abdullah,Yassin Yaakub,Ahmad Al -Tarbusi,Piyapoong Piyong serta beberapa penama hebat lain yang seangkatan ketika Squad Harimau Malaya mengangkat nama mereka stadium negara yang memuatkan 45 ribu penonton penuh sesak ketika Final sahaja,Pesta Bola Merdeka hanya menjadi tontonan siaran televisyen untuk pentas final sahaja.Hari ini asalkan saja squad Harimau Muda masuk gelanggang,tak kira peringkat mana,siapa mereka-UMNO ke PAS ke DAP ke tak berparti ke PATI ke asal bukan lawan negara mereka,mereka tumpang menyokong Harimau Muda.
Mengapa mereka semua tampil menyaksikan perlawanan yang melibatkan squad negara?Bukan kemenangan atau kekalahan mereka ingin saksikan tapi kemahiran yang dapat ditonjolkan oleh pemain squad harimau muda yang kalau boleh diuji sehebat mungkin.Penonton sememangnya tidak kecewa kepada kekalahan tetapi mereka akan kecewa terhadap mutu persembahan yang lemah.Dalam perlawanan menetang Bahrain semalam,ternyata pemain kita berupaya menembusi benteng lawan namun pemain pertahanan dan tengah yang kebanyakkan adalah pemain simpanan belum cukup terdedah untuk menyerap tekanan pihak lawan disamping kepenatan yang agak jelas yang terpaksa dilalui oleh pemain2 kesebelasan utama setelah menjuarai sukan SEA.Dari segi fizikal memang squad kita tewas namun yang patut kita puji adalah kemampuan dan keupayaan mental pemain kita menghadapi semua tekanan.Itu lebih besar kejayaan JANGKA MASA PANJANG bolasepak negara.TAHNIAH SEKALI LAGI UNTUK ONG KEE SWEE DAN SQUAD HARIMAU MUDA.


Monday, November 21, 2011

PUSAKA POLITIK DAN PUAKA POLITIK

Politik yang berasaskan perjuangan bangsa;suatu perjuangan yang dianggap Assabiyyah,
perjuangan politik yang berasaskan agama dianggap Jihad.MENCARI KEBENARAN DAN PENILAIAN ANTARA UMNO DAN PAS.

Assabiyah:Suatu perjuangan yang mementingkan kaum serta mengenepikan hak kaum lain.
Jihad :Suatu perjuangan menegakkan agama Islam dengan segala pengorbanan.

PAS menjadikan Al-Quran dan Hadith sebagai dasar perlembagaannya.UMNO memperjuangkan bangsa Melayu secara bekerjasama dengan kaum-kaum lain dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.Hasilnya kemerdekaan tercapai pada tahun 1957.
Orang Melayu adalah secara rasminya penganut agama Islam,PAS tidak bersetuju dengan cara UMNO kerana Perlembagaan Negara berasaskan Demokrasi British.Perdebatan dan perbalahan antara PAS dan UMNO bermula dari sejak penubuhannya dan berlarutan sehingga tahun 1974 dan memuncak kembali pada tahun 1981 melalui amanat2 yang sangat kontroversi sehingga menimbulkan konflik keagamaan yang sangat meruncing hingga membawa kepada tragedi pembunuhan dan perpecahan dalam keluarga yang sangat kritikal.Tiada satu pun piagam yang mampu menyatukan semula antara UMNO dan PAS.UMNO dengan slogan 'PERJUANGAN BANGSA' dan 'PAS UNTUK SEMUA' sehingga menyebabkan orang lain terpaksa menjadi penonton kepada Sayembara 2 Parti Melayu yang terbesar ini.Mengapa semua ini terjadi?Adilkah kepada anak Melayu yang mendiami bumi Malaysia ini?Andaikan UMNO tidak menepati kehendak perjuangan Islam dari kacamata PAS,mengapa perlu menolak kerjasama dengan UMNO dan menerima DAP sebagai sahabat?

Libya,Mesir,Syria,Sudan dan Lubnan;negara yang lebih Islamik berbanding Malaysia yang menjadi contoh kepada PAS suatu masa dahulu kini terbukti mengambil Malaysia menjadi contoh dan model sebuah negara. Hampir 13juta rakyat Malaysia yang layak mengundi menjadi keliru dengan dasar2 sesebuah parti yang mempamerkan segala macam janji kebaikan dan perubahan termasuk juga parti UMNO.Rakyat Malaysia sebenarnya masyarakat yang perihatin terhadap semua perkara.Rakyat Malaysia sanggup membela sesiapa sahaja yang dilihat teraniaya.Berbagai 'THON' dilancarkan dan ternyata rakyat Malaysia adalah masyarakat penyayang.TETAPI dalam berpolitik,rakyat Malaysia sanggup "MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI".Mampukah rakyat Malaysia hari ini menjadi masyarakat pesaing seperti di negara maju?terutama bangsa Melayu.Dasar yang dirangka oleh pemimpin terdahulu ternyata menjadi asas kekuatan bangsa Melayu tanpa menolak hak2 kaum lain.Tongkat yang disediakan cukup menyelesakan orang Melayu dan tidak dibantah oleh kaum lain secara total.Krisis perebutan kuasa untuk menjadi pemerintah menampakkan kepentingan diatas dikesampingkan bila tiba musim pilihanraya.Barisan Nasional telah menunjukkan corak pemerintahannya selama 54 tahun,Tunku Ab.Rahman-Razak-Hussin-Mahathir-Abdullah-Najib hampir sama dengan pemerintahan Gaddaffi dan Mubarrak,cuma yang membezakan mereka adalah pemimpin individu dan pemimpin perjuangan sebuah parti.Saya yakin dan percaya jika Tunku memerintah selama Gaddaffi atau Mubarrak rakyat Malaysia juga akan menggulingkan kerajaan Tunku,begitu juga Razak,Hussin atau Mahathir.NAMUN oleh kerana pendekatan yang diperjuangkan oleh pemimpin2 tersebut bersesuaian dengan zaman mereka sendiri maka keunggulan pemimpin tadi sukar digugat.Era Najib nampaknya lebih mencabar berbanding dengan kelima2 pemimpin yang lain kerana masyarakat Malaysia sudah mula terdedah dengan Dunia Tanpa Sempadan dan Perubahan Nilai.Nik Aziz-Hadi-Anwar-Karpal-Kit Siang menyedari perubahan nilai yang melanda masyarakat Malaysia,terutamanya Anwar Ibrahim yang telah melalui pelbagai tahap kedudukan dan pengalaman berorientasikan pergerakkan politik.Keuntungan dari perubahan nilai ini menjadi milik Pakatan Rakyat dalam PRU12 dan terjemahan rakyat diatas kertas undi telah menyebabkan BN hilang majoriti 2/3 di parlimen dan tempiasnya sampai ke Kelantan.

SENARIO POLITIK NEGERI KELANTAN-8MAC 2008-21NOV.2011

45 DUN/14 PARLIMEN menjadi rebutan:Kemerosotan PRU12 ternyata tidak relevan dengan Najib,Najib hanyalah pemain simpanan diketika itu.Pak Lah dikenakan kad kuning oleh pengadil yang dimainkan peranan oleh seluruh rakyat Malaysia yang layak mengundi,namun pada peringkat awalnya (2004) rakyat menjadi penyokong dan refferee kepada Pak Lah,disebabkan Pak Lah tidak menjaringkan gol yang mengembirakan rakyat maka penyokong berpaling tadah dan memberikan sokongan kepada pihak yang lain termasuklah di Kelantan.Tak perlu analisis yang terperinci cukup sekadar menyatakan lebih 70% pengundi muda di Kelantan menolak BN pada 2008.Bijak pandai dalam UMNO menyedari hakikat tersebut lalu mendesak pemain simpanan dimasukkan dan menukar pemain yang ada.Acceptance (Penerimaan) dikalangan rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa mula menunjukkan perubahan namun momentumnya masih belum selari dengan rakyat negeri Kelantan.1Malaysia-Rakyat diDahulukan,Pencapaian diUtamakan (Perlu diungkapkan sepenuhnya,kata Ketua Pengarah JASA Malaysia,Dato' Fuad Tan Sri Hassan dalam wawancara Bicara Rakyat di Melborne,Australia baru baru ini) memberi gambaran yang menunjukkan Najib mula menghambakan diri kepada rakyat demi memenuhi kehendak kepada perubahan nilai.Gagasan dalam NKRA (6+1)ternyata memenuhi cita rasa dan perubahan nilai tersebut.(Tahniah kepada Dato' Fuad yang berjaya membicarakan perubahan nilai diluar wilayah rakyat yang mengundi dan mendedahkan diperingkat global).Nilai perubahan rakyat Kelantan masih lagi terikat dengan dendam peribadi kepada pemimpin nasional.Sebagai contoh,seorang wakil rakyat yang boleh dikatakan langsung tidak menjenguk kawasan namun tetap menang pilihanraya dan masih
lagi mendapat tempat dihati rakyat.Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Najib sudah mula menampakkan kesan dihati rakyat bila mana rakyat tidak menolaknya.Rakyat Kelantan belum memuji sepenuhnya namun tidak menolak sudah cukup bagi Najib sebagai suatu penerimaan.Persoalan keadilan bajet 2012 disisi masyarakat memang tidak boleh lari dari dipersoalkan.Sesiapa pun akan persoal tentang keadilan bila mereka merasa bahagian kurang berbanding dengan orang lain (Itu memang sifat semula jadi manusia).Generasi muda sudah tidak merasa kekok (janggal) untuk menghadiri majlis yang dianjurkan UMNO.Tiada pemulauan yang agak jelas dikalangan generasi dewasa dan warga emas juga tidak sukar melemparkan senyuman kepada penggiat UMNO.PAS Kelantan amat menyedari hakikat ini dan merangka berbagai strategi agar momentum ini mesti dihentikan.UMNO Kelantan juga sudah mula membincangkan tentang saranan Najib tentang calon yang mampu menang untuk diketengahkan.Pelbagai karakter dan ciri dirangka bagi mencari calun yang benar benar wibawa.
Di negeri Kelantan sebenarnya semua calun berwibawa bila mantan2 YB diketengahkan kerana mereka pernah dipilih dan juga pernah ditolak.Mereka ditolak bukan kerana 'Personnal Crediblity' tetapi kerana "Isu yang Berwibawa."

Kewibawaan Isu yang dimainkan lebih memberi markah kepada sesebuah parti berbanding Wibawa Calun yang diketengahkan,justeru kedua-dua faktor WIBAWA mesti diambil kira.PAS sudah memulakan perang psikologi dengan melontarkan Isu2 yang bersifat nasional dan cuba menonjolkan calon2 yang 'Berjurus'(Pekerti yang baik) bagi melawan pendekatan yang dibuat Najib.Ini menunjukkan pendekatan Najib mula dirasakan menggugat kekuatan PAS Kelantan.Keadaan ini membuatkan semua pemimpin UMNO Kelantan dalam keluh kesah samada disenarai pendekken atau tidak.Senario ini sebenarnya memberi tekanan kepada PAS.Rakyat sudah mula bersetuju dengan langkah Najib dan Najib dilihat benar-benar ingin MENDAHULUKAN RAKYAT DAN MENGUTAMAKAN PRESTASI.
Tidak mustahil BN kembali memerintah Kelantan jika sekiranya hasrat Najib dilaksanakan sepenuhnya oleh kepimpinan UMNO Kelantan.Keikhlasan Mustapa Mohamed dan sikap serta cara kerja beliau menjadi faktor utama kepada kejayaan tersebut.Merakyatkan UMNO perlu dilaksanakan segera dalam mencapai hasrat tersebut.UMNO perlu dilihat milik rakyat dan bukan sebaliknya.Perubahan itu dinyatakan Najib dalam perhimpunan Agung UMNO yang lepas bila kaedah memilih pemimpin diubah menjadi lebih terbuka dan ahli UMNO yang hanya 'di-ahlikan' sebelum ini mula terasa benar-benar ahli akan mengambil bahagian dan menambah kekuatan dari segi moral maka BN terlalu sukar untuk bertarung dipentas yang diadili rakyat.Rakyat Kelantan dan Terengganu tidak jauh bezanya dari segi pemikiran dan bersosial serta amalan cara hidup mereka.Mereka menjatuhkan Wan Mokhtar kerana isu personnal,rakyat Kelantan menjatuhkan BN kerana isu personnal Kuli,cuma sedikit bezanya rakyat Kelantan lebih mengasihani pemimpin yang nampak lebih meskin daripada mereka yang bermewah yang kurang mendekati rakyat.Kekayaan peribadi tidak menjadi halangan cuma perlu dimanfaatkan untuk mendekati rakyat.Rakyat Kelantan mungkin memberikan laluan selesa untuk Najib membentuk Kerajaan tetapi usaha untuk menawan Kelantan perlu dilipat gandakan.


.

Wednesday, November 16, 2011

KARPAL-NIK AZIZ-ANWAR VS MOHD NAJIB

Negara Berkebajikan-Suatu Retorik Yang Tiada Penghujung.
Kepada warganegara Malaysia yang saya hormati,Polimik memancing undi sudah bermula,gendang PRU semakin hampir untuk dipalu,tukang canang sudah bersiap sedia.KARPAL (DAP-Anak didik PAP),NIK AZIZ(PAS-Perjuangan Pemerintahan Islam) &ANWAR (PKR-Perjuangan Peribadi Yang Tak Pernah Selesai).

MOHD NAJIB RAZAK-TRANSFORMASI UNTUK SEJAHTERAKAN RAKYAT

Setelah Bajet 2012 dibentang,PR mula mendakwa Bajet Cedok kononnya draft bajet PR sama dengan bajet yang dibentangkan oleh Mohd Najib.Soalan mudahnya:KENAPA PERLU TUKAR KERAJAAN BILA APA YANG HENDAK DILAKSANA OLEH PR SAMA DENGAN APA YANG DIBUAT OLEH BN?Jawapan ini Sdra Anwar Ibrahim kena jawab.

KARPAL SINGH-MENENTANG HUKUM HUDUD DAN PENUBUHAN NEGARA ISLAM

Edah musim PRU semakin hampir,HUKUM HUDUD dilaungkan semula,pelbagai forum dianjurkan,nampak HUKUM HUDUD juga bermusim mengikut musim pilihanraya.KARPAL terkapai-kapai
malahan terjerat dengan ketetapan PAS yang ISTIQAMAH dengan perjuangan.(Tahniah PAS).

NIK AZIZ-PERJUANGAN BERUBAH KERNA KARENAH BRO KIT DAN BRO KARPAL

Saya kenal Anwar dan Nik Aziz lebih lama dari mengenali Karpal dan Lim Kit Siang,entah mengapa saya rasa kesian dengan mereka berdua kerana terperangkap dengan Karpal dan Lim Kit Siang dalam cita-cita memerintah negara.Anwar hanya menumpang sementara orang Melayu menunjangi PAS,Cina dan India mendokong DAP dan serpihan-serpihan yang tewas kepada Mahathir yang masih kecewa memeluk PKR.Cuba kita toleh kebelakang sedikit mengimbaui sahabat silam Nik Aziz:Nakhaei,Asri Hj Muda,Ishak Lotpi,Muhammad Nasir,Wan Ismail,Fadhil Nor,Ibrahim Libya,Hj Noor Teliar(Tuan Guru Penulis),Hj Lah Lubok Tapah,Yusof Rawa,Hj Ghani Ab Rahman dan ramai lagi yang tak dapat disebut sudah bertukar pemikiran kerana pendekatan yang dibawa PAS sudah berubah.Saya mengenali Nik Aziz ketika guru saya (Hj Noor Teliar) bertanding namun tewas tipis di DUN Tendong selepas itu beliau diburu oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri bersama Hj Lah Lubok Tapah.Nik Aziz hanyalah insan kerdil diwaktu itu.Nasib menyebelahi Muhammad Nasir dan beliau bersama BERJASA (Panglimanya adalah Ibrahim Ali) ditabal memjadi Menteri Besar Kelantan.Anwar Ibrahim pun terloncat-loncat berceramah dimerata-rata sampai digelar Bung Karno Malaysia.Ketika Muhammad Yaacob memerintah Kelantan Nik Aziz sama tarafnya dengan Adi Jagat (Ibrahim Ali),namun PAS diwaktu itu didokong oleh majoriti anak-anak pondok yang semutarnya (Serban) ala Tok Kenali mendekati masyarakat kampung,Kebetulan (Takdir Allah S.W.T) berlaku perpecahan dalaman yang amat hebat antara team A dan team B pada dalan pimpinan UMNO lalu tertubuh Semangat 46 yang membantu PAS dengan nama pakatan APU(Angkatan Perpaduan Ummah).Bagi saya APU adalah Angkatan Perpecahan Ummah.Setelah 3 penggal UMNO dilanda musibbah(1990/1995=Semangat 46,1999=KeAdilan,2004 BA hampir menemui AJAL dan 2008 kritikan Mahathir yang teruk terhadap Pak Lah) dan untuk menghadapi ketelusan NAJIB terhadap rakyat Nik Aziz mati akal lalu menerima saranan Anwar untuk menukar slogan NEGARA BERKEBAJIKAN.

Saya adalah generasi yang telah akil baligh ketika pemerintahan Tun Razak dan sempat membuat penilaian secara pemikiran remaja ketika itu,Tun Razak benar-benar mahu mensejahterakan rakyat Malaysia.Lebuh Raya Timur Barat dirangka,Rancangan Buku Hijau,Tabung Haji,Rancangan Peneroka Felda,Felcra dan segala kemudahan untuk rakyat dibuat demi warganegara.Pada tahun 1977 Tun Razak ke kampung saya di Teliar merasmikan sebuah mesjid dan saya sempat bersalaman dengan beliau dan saya menerima berita sedih diatas kehilangan beliau.Ketika itu Nik Aziz juga penyokong beliau (Kerajaan Perikatan).Mengapa PAS boleh duduk sekali dengan BN pada tahun 1974-1978?Salah satu sebabnya peristiwa 13 Mei 1969 menghantui negara.Hari ini anak didik Tun Razak kembali sebagai pemerintah dan ternyata masih ada darah sisa-sisa perjuangan Tun Razak yang mendahulukan rakyat dalam agenda pemerintahan beliau (Rakyat di Dahulukan,Pencapaian diUtamakan dalam konteks 1Malaysia).

Anwar Ibrahim sedar kemampuannya amat terbatas untuk menjatuhkan Najib tanpa sokongan PAS dan Kaum Cina lalu berjemok-kira (berunding) dengan Lim/Karpal-Nik Aziz/Hadi untuk memerintah negara dengan moto Menuju Ke Putrajaya.Parlimen ditumpukan kepada PKR/DAP dan DUN kepada PAS di negeri yang diperintah oleh PAS.(Lihat kabinet bayangan Pakatan Rakyat).Ternyata rakyat terpesona dengan gagasan Anwar Ibrahim pada 2008 ditambah dengan kritikan Tun Mahathir terhadap Pak Lah yang menyebabkan BN hilang 2/3 majoriti di Parlimen.PRU 13 benar-benar ujian bagi Mohd Najib dan segalanya bergantung kepada sebesar mana kesilapan Najib lakukan semasa pemerintahan.Berbagai pendekatan yang dibuat Najib demi tanggungjawab yang dipikul dan dilihat bertanggungjawab terhadap rakyat dan perubahan dalam parti UMNO yang menampakkan perubahan dari segi cara pembentukkan struktur jawatankuasa parti.

Pakatan terpaksa menawarkan apa saja selain mencabar kerajaan BN dalam pelbagai bentuk demi meraih sokongan namun situasinya setiap tawaran yang cuba digambarkan oleh PR dilaksanakan oleh Najib dan setiap acabaran disambut oleh Najib.Hanya satu lagi senjata yang tinggal iaitu proses memfitnah yang berterusan perlu dirancang agar rakyat sentiasa dalam kecurigaan dan keraguan terhadap Najib namun sehingga masa kini segala fitnah yang lalu tidak cukup meyakinkan rakyat tentang tohmahan tersebut.Dalam masa yang sama Anwar Ibrahim dilanda pelbagai isu moral yang sedikit sebanyak menggugat sokongan dikalangan kumpulan ulamak dalam PAS walaupun dicover oleh kumpulan erdogan.


Nik Aziz dengan sifat 'pongohnya'(Gopoh) dalam mengeluarkan komen terpaksa menelan kembali kenyataan-kenyataan yang lepas demi menjaga perpaduan PR yang mahu dilihat berpadu disisi pandangan rakyat walhal hanya RETAK MENANTI BELAH dan diambang perpecahan yang dahsyat dalam PKR apatah lagi hulubalang-hulubalang PKR telah berpaling tadah seperti Ezam Mohd Nor,Zahari Mohamed,Hamidzun Khairudin,Roslan Kassim,Zahid Mat Arif,Ghani Haroon,Dr Fairuz Khairudin,Lokman Adam,K.Nallakarrupan,Hamdan Taha,Anuar Shaari,Wee Choon Keong,Tan Wei Shu,Tan Tee Beng,V.Arumugan serta ramai lagi ketua ketua cabang yang merasa PKR adalah parti milik Anwar Ibrahim.


DIMANA BEZA PAKATAN PEMBANGKANG DENGAN BN DALAM KEMUAFAKATAN PELBAGAI AGAMA DISUDUT PERJUANGAN PAS?


Dahulunya PAS menuduh UMNO kafir kerana bersokongkol dengan orang bukan Islam dalam pakatan Barisan Nasional,sekarang persoalan DAP dan PKR yang bersama PAS adalan lebih teruk kerana KARPAL telah menyatakan dengan jelas pendirian DAP jika sekiranya PAS ingin menubuhkan negara Islam maka LANGKAH MAYAT KARPAL SINGH DULU,demi untuk mengelak dari terpaksa melangkah mayat Karpal maka Nik Aziz bersetuju mengubah pendirian dari penubuhan negara Islam menjadi negara kebajikan.
Tidak ada seorang pun dikalangan ahli UMNO yang memohon untuk DILANGKAH MAYAT sekiranya PAS nak menubuhkan negara Islam namun UMNO tetap dianggap kafir disisi PAS.ISLAM kah KARPAL,LIM KIT SIANG,LIM GUAN ENG(dilabelkan Khalifah Umar Abd Aziz) berbanding dengan pemimpin UMNO?Nampak gayanya Nik Aziz tak menemui jalan keluar dari kemelut UMPANAN HUKUM HUDUD sebagai modal PRU13.

Jangkaan saya PR13 akan menampakkan penambahan sokongan kepada Najib namun kawasan kubu kuat PAS dan PKR masih lagi ditawan oleh mereka,walaubagaimanapun tahap sokongan dikalangan akan berubah apabila perbadingan di atas dilihat oleh rakyat dan mereka menunggu untuk membuat keputusan pada PRU13 nanti.Disisi pengundi Melayu,mereka mula memikirkan nasib bangsa melebihi perkara-perkara lain berbanding kaum Cina sebagai kumpulan pendesak untuk kepentingan kaum,justeru golongan Melayu muda dalam dilema dan diatas pertimbangan kaum tersebut penambahan undi BN akan berlaku pada PRU13 nanti.

SOALAN MUDAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA.
1.Untuk apa perlu ubah kerajaan?
2.Lebih baik kah kerajaan PR yang memerintah negeri-negeri berbanding kerjaan BN dalam menangani masalah rakyat?
3.Apa jaminan kerajaan PR dalam keutuhan muafakat terhadap perlembagaan negara dalam Hak-Hak Keistimewaan Orang Melayu (Kontrak Sosial).
4.Sekiranya BN tewas,adakah BN menjadi parti pembangkang yang sangat lemah?
5.Meningkatkah kepercayaan negara luar terhadap kerajaan PR?
10.Adakah syiar Islam di Malaysia akan menjadi lebih baik dari sekarang?(Cuba lihat isu Pelaksanaan Hudud Kelantan dan Terengganu-mengapa ada 2 versi)
11.Terhapuskah rasuah?atau semakin berkurangan?(Cuba lihat Isu Negeri Kelantan-Ladang Rakyat/PMBK.)
12.Siapa yang benar-benar berkuasa dalam pakatan rakyat?

Monday, July 11, 2011

BERSIH2.0....SIAPA YANG KOTOR?

Tuntutan yang dibuat oleh BERSIH 2.0 yang diketuai oleh Datuk Ambiga dan Timbalan Pengerusinya Sdr Mat Sabu nampaknya tiada asas sebagai penampilan imej 'Negara Kebajikan.'
Tuntutan 8 perkara terhadap SPR nampaknya jadi bahan dagangan dan PAS/PKR jadi barang tunggangan Ambiga.Karakter seorang yang berkelulusan Undang-undang menuntut keadilan dijalanan bukannya dimahkamah..mengapa Ambiga memilih untuk bersuara dijalanan bukan dimahkamah?Ambiga(Bekas Presiden Persatuan Peguam Malaysia) yang anti Islam sekarang disokong kuat oleh Mat Sabu.

Apa hebatnya Ambiga sehingga Sdr Anwar Ibrahim,Hj Hadi Awang,A.Samad Said dan ramai lagi yang menjadi pengikut kumpulan Ambiga.Siapa yang menunggang siapa?Mengapa mereka menyerang SPR?mereka sebenarnya tiada asas yang kukuh untuk menyerang SPR.Sebagai parti pembangkang,memang mereka tidak boleh melihat kemakmuran dan kekukuhan ekonomi dibawah pentadbiran Mohd Najib justeru segala apa yang terlintas difikiran akan dibuat asalkan ianya boleh memberi pengaruh terhadap keyakinan rakyat terhadap kerajaan pimpinan sekarang.Ketokohan Sdr Anwar memang tidak dapat dinafikan dalam gerakan ala-revolusi namun beliau sebenarnya gagal untuk dinobatkan sebagai pemimpin.Ini terbukti ketika beliau menjawat jawatan Timb.Perdana Menteri,PAS tidak pernah tertekan dengan kedudukan beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO malahan PAS mendapat kekuatan hasil penampilan beliau yang berimejkan Islam.Apa yang PAS dapat dengan berpaut rapat pada parti DAP dan PKR?

Sdr Anwar sedang berhadapan dengan kes perbicaraanya,beliau sebenarnya cuba mengumpul dan menguji pasaran terhadap dirinya.Ternyata imej beliau sebagai ikon reformasi semakin meluntur kerana pengikutnya hanya terdiri dari golongan remaja,golongan teknorat dan intelektual nampaknya hanya tinggal sasterawan usang yang sudah tidak berapa relevan dengan
kemajuan dunia Melayu.Siapa yang yang diperjuangkan oleh BERSIH?Berapa ramai golongan pengundi yang teraniaya oleh SPR yang menyertai BERSIH?Berapa ramai golongan yang dinafikan hak untuk mengundi yang bersama BERSIH?Hj Hadi,Mat Sabu dan ramai lagi yang bernama Melayu sudah terlupa siapa DYMM Yang DiPertuan Agong...Kalau Ambiga dan Tian Chua tu memang tidak hairan kerana kerana mereka ni tidak mempunyai raja,apa lagi Anwar yang tidak pernah menyedari dirinya sendiri yang bernasib baik dipungut oleh DR Mahathir sedangkan ramai lagi pejuang kemerdekaan yang lebih layak untuk diangkat sebagai pemimpin ketika itu.
Ambiga ni tidak perlu difikirkan banyak sangat sebab beliau bukanya orang yang banyak jasa kepada negara.....sekarang layak digelar PENDERHAKA,penderhaka selayaknya dibuang negeri...untuk apa disimpan manusia seperti ini...kalau dulu apabila ada orang Melayu yang membuat kenyataan yang menyentuh bangsa lain dianggap penghasut...ni orang yang nak mencampuri urusan agama Islam ni dan membela orang yang murtad ni sepatut dihalau dari negara Malaysia.Bagi PAS yang berperinsipkan Al Quran dan Sunnah ni,dimana "Ulil Amri" mereka.Ambiga/Anwar/Karpal/Lim Kit Siang tu dah jadi Ulil Amri PAS ke?

Saya cadangkan Nik Aziz dan Hadi Awang bertaubat dalam urusan pengembangan syiar Islam dan Anwar bertaubat dari melakukan dosa besar.Renungkan kembali siapa anda?


Thursday, May 12, 2011

ANWAR IBRAHIM YG PENUH SANDIWARA

Salam untuk semua warga Malaysia.
Setelah melalui perjalanan dan liku-liku

Saturday, January 15, 2011

ANWAR IBRAHIM DALAM KELUH KESAH

Nampaknya Sdr DSAI telah menghampiri zaman karier politik yang muram. DSAI ketika beliau memunculkan diri sebagai pembela Bangsa ketika menjadi Pemimpin pelajar di Universiti Tempatan beliau nampak agak hebat.Pada ketika itu DSAI berhadapan dengan Tan Sri Ghazali Shafie dengan Isu Baling.Beliau dikenakan tahanan Isa bersama Hishamuddin Rais,Mohamad Sabu,Rais Satiman,Ibrahim Ali dan ramai lagi yang dianggap pemimpin pelajar yang hebat.

Setelah beliau dibebaskan,masyarakat terpesona dengan pidato beliau yang berapi.Beliau diangkat menjadi pemimpin belia,kemudian dilamar oleh Tun DR Mahathir kedalam UMNO serta Tun M. menggilap beliau bagai menatang minyak yang penuh.Dari seorang pemimpin belia menjadi Timbalan Menteri kemudian menjadi menteri penuh,dari pemimpin belia menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam dua kali percubaan,siapa yang membantu beliau menewaskan Dato' Suhaimi Hj Kamarudin?Sebelum ini DSAI hanya mengutip pendapatan dari yuran Yayasan Anda hingga bergaji menteri.Siapa yang membantu beliau menewaskan calon2 naib presiden UMNO yang lain?Akhir sekali siapa yang memberi jawatan Menteri Kewangan dan melonjakkan beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri serta menewaskan Tun Abd.Ghaffar yang begitu setia kepada UMNO?

Orang yang paling kecewa dengan sikap Anwar Ibrahim adalah Tun M.Berbelas tahun Tun M mendidik dan menggarab peribadi Anwar dengan harapan menjadi pengganti beliau,tiba tiba terlibat dengan isu salah laku seks liwat.Apakah Tun M nak menjatuhkan belaiu dengan cara sedemikian?apakah Tun M sudah tidak ada cara lain untuk menjatuhkan beliau?Tun M mempunyai banyak cara untuk menjatuhkan beliau kerana Tun M lah yang mengangkat beliau.

Apabila beliau dikenakan hukuman penjara kerana salah guna kuasa,beliau menubuhkan parti KeAdilan sebagai wadah perjuangan beliau untuk membebaskan diri dari penjara.Parti KeAdilan hanyalah semata mata untuk perjuangan peribadi beliau,kononnya beliau adalah mangsa konspirasi musuh beliau untuk menjatuhkan beliau.Hari ini beliau mendakwa menjadi mangsa konspirasi lawan beliau pula.

Mengapa beliau tidak mahu kes beliau dibicarakan secepat yang mungkin?beliau cuba memberi pelbagai alasan supaya kes beliau dilambat lambatkan.Sebenarnya rakyat Malaysia tertunggu tunggu untuk melihat Anwar dibicarakan segera agar kebenaran terserlah jua.
Saya tidak berapa kisah sangat kes beliau melakukan perbuatan meliwat atau tidak TETAPI saya amat sedih dengan prinsip perjuangan politik beliau pada hari ini.Beliau sanggup menggadai bangsa sendiri demi kerakusan cita cita beliau ingin menjadi Perdana Menteri.INGATLAH Kita hanya mampu merancang tetapi TUHAN yang menentukan.Ada hikmat dan hikmahnya mengapa Sdr Anwar Ibrahim tidak diangkat menjadi Perdana Menteri.

KES DR RAIS YATIM ROGOL AMMAH!!!!

Pembaca Blog Yang Di Hormati,

Minggu lepas keterangan telah diberikan oleh pembantu rumah yang dituduh dirogol oleh YB Menteri Dato' Seri Dr.Rais Yatim,beliau (Pembantu Rumah) sendiri telah membuat membuat pengakuan bahawa beliau tidak pernah dirogol atau diancam oleh Dato' Rais Yatim sepanjang beliau bekerja di rumah Dato Seri Rais Yatim.Pendedahan yang dibuat oleh penulis blog RockyBru adalah sesuatu yang tidak bertanggung jawab dan ternyata tidak benar apabila Dato Seri Dr.Rais Yatim membuat laporan polis dan pengakuan oleh pembantu rumah beliau.

Persoalan disini adalah adakah pertuduhan-pertuduhan sebegini hanya setakat dipaparkan dalam blog sahaja?mengapa tidak dilaporkan kepada pihak polis dan bawa mangsanya sekali?
Kalau setakat hendak mencari populariti didalam blog saya rasa lebih baik paparkan tentang maklumat yang boleh membawa kepada kebaikan dan keamanan untuk sejagat.

Saya berpendapat tidak padan taraf RockyBru untuk menulis blog semacam ini berbanding dengan title dan jawatan yang dipegang.Masyarakat zaman sekarang sudah berubah,mereka terdedah kepada pelbagai media dan amat memalukan jika bangsa Melayu yang dianggap bersopan santun hanya menulis blog bercerita tentang isu khalwat dan rogol.

Wednesday, January 5, 2011

ISU MENTERI ROGOL PEMBANTU RUMAH

Salam Kepada Semua Warga Malaysia tanpa Mengira Fahaman Politik,
Disini saya terpanggil untuk menulis tentang cerita yang dipaparkan melalui blogers serta berita TV3 dan TV1 semalam 5hb.Jan 2011(Rabu).Saya ingin berkongsi dengan saudara/saudari bahawa pada zaman siber ini terlalu ramai masyarakat yang mudah disuapkan berita melalui FaceBook dan Blog tentang cerita cerita bagi menjatuhkan imej serta moral seseorang.Dalam ruang ini saya ingin membicarakan tentang suatu tuduhan yang dilemparkan pada seorang tokoh politik yang terkenal iaitu Dato' Seri Utama Dr.Rais Yatim.Sepanjang yang yang saya kenali beliau sebagai orang politik dan sebelum ini sebagai pensyarah di Linguistic Institute (LI) melalui paparan paparan berita/media cetak eletronik dan pembabitan saya sewaktu zaman Tun Hussien Onn,Tun Dr.Mahathir,Tun Abdullah dan zaman Dato' Seri Najib.Ambo pernah mengikuti Allahyarham Dato' Hj Muhammad Bin Nasir (Bekas Menteri Besar Kelantan (Pas),kemudian sewaktu Allahyraham Tan Sri Mohammad Yaacob (Bekas MB Kelantan(BN),Dato' Seri Nik Aziz Nik Mat(Sekarang),ambo dapati Dato Seri Utama Dr.Rais seorang yang sangat berpegang kepada prinsip.Sewaktu pemimpin seangkatan dengan beliau seperti Dato' Adib Adam,Dato Senu Ab.Rahman,Tan Sri Khir Johari,Tan Sri Ghazali Jawi serta pemimpin kelantan seperti Tan Sri Abdullah Kok Lanas,YM Tg.Razaleigh,YM Tengku Ahmad Rithaudeen dan ramai lagi.Sepanjang ingatan itu saya tidak pernah mendengar desas desus mengenai perilaku Dr.Rais Yatim yang tidak bermoral.Semasa beliau menjadi kem Kuli(Team B)
sepatutnya beliau didedahkan tentang perilaku yg tidak bermoral kerana itulah masa yang sangat sesuai untuk menjatuhkan beliau melalui media cetak yang dikuasai kerajaan pada masa itu.
Apabila Tun Dr.Mahathir menerima "Kepulangan" Team B, Sdr Dato' Seri Anwar Ibrahim
adalah orang kuat Dr.Mahathir namun Anwar juga terasa ancaman politik Team B akan muncul terhadap beliau namun tidak ada cerita seperti ini pada masa itu.Antara kepulangan tokoh dalam kabinet dari Semangat 46 adalah Dato Seri Utama Dr.Rais sendiri.(Saya pernah menjadi pendokong kuat Pak Sheikh Anwar Ibrahim hingga pernah disingkirkan sebagai ahli UMNO).
Sedikit sebanyak saya juga mengenali Datin Seri Maznah dan cara Datin Seri mengurus rumahtangga.Secara rasionalnya saya seratus peratus tidak mempercayai dakwaan blogers yang mengatakan Dr.Rais berkelakuan sedemikian.
Saya ingin menasihatkan para blogers supaya ingatkan diri sendiri bahawa DOSA MEMFITNAH ITU LEBIH BESAR DARI MEMBUNUH.Sepatutnya blogers semua membawa kepada kebaikan bukannya kerja memfitnah.Terus terang saya katakan antara Menteri Kabinet yang ada pada hari ini,Dato'Seri Utama Dr.Rais Yatim adalah tokoh yang paling berwibawa untuk memimpin negara dan mampu melemahkan ancaman Pakatan Rakyat.Justeru beliau mulai diserang dari pelbagai aspek dan media baru adalah salah satu medan yang terbaik.
Saya juga ingin menegur pelbagai aktivis parti tak kira BN atau PR:ingatlah bahawa bumi yang kita diami ini bukan medan untuk MEMFITNAH atau MENJATUHKAN seseorang tapi gunakanlah untuk kebaikkan.
Seingatan saya Dato' Rais adalah orang yang paling berpengalaman dalam kabinet yang ada sekarang jadi tidak hairanlah kalau pihak pembangkang nak jatuhkan BN mereka kena lakukan proses uraian (dismantle of component).Komponen yang dilihat perlu untuk dibuat uraian adalah Menteri Kabinet yang mampu mengancam momentum Pakatan Rakyat.Dr.Rais adalah orang yang menjadi target component.---Wassalam.