Monday, April 23, 2012

TABUNG SERAMBI MEKAH YANG KELIRU


                                                        TABUNG SERAMBI MEKAH
Tabung Serambi Mekah di tubuhkan oleh Nik Aziz pada 12hb Dis1990.Nama tabung ini diberikan adalah untuk menerima sumbangan dari orang ramai dan dari luar Kelantan kerana mereka takut derma mereka dishgunakan tidak akan mendapat pahala dan duit bunga dalam bank yg akan bertambah kalau tidak diambil akan digunakan untuk buat berhala maka kita keluarkan untuk membina jalan tar,tiang api dan jambatan.Kita gunakan duit haram untuk buat jalan,kita pakat pijak dan berak diatasnya.Bagi duit halal pula kita akan gunakan untuk buat sekolah agama,khutub khanah,rumah kedai untuk menampung gaji gkuru sekolah agama.----Pengistiharan oleh Nik Aziz dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.(Utusan Malaysia Dis 1990).Sekarang berapa banyak jambatan yg dibuat dgn hasil riba?Berapa banyak jalan yg dibuat dari hasil riba dan berapa banyak tiap api yg dibuat dari hasil riba yg disumbangkan dalam Tabong Serambi Mekah?Adakah sudah tiada sumber yg halal untuk kemajuan negeri ?Senaraikan bagaimana pengursan tabong mengasingkan duit halal dan duit haramnya supaya Kelantan dapat tahu perkara yg sebenar.(Sumber:Maahad Ad-Dakwah Wal-Imamah,Yayasan Islam Kelantan..tel 09-7127808,Dicetak oleh:Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd,Shah Alam Selangor.Diedar oleh:Gerak Insan Sdn Bhd,Pt 561,Tkt 1,Teluk Panji Kota Bharu.tel 09-7659668)

Sunday, April 22, 2012

 J
ANWAR IBRAHIM TALIBARUT YAHUDI.
Anwar Ibrahim mempunyai perancangan peribadi yg sangat besar untuk menduduki jawatan Perdana menteri.Beliau mewujudkan hubungan dengan Paul Wolfowitz demi kepentingan bersama sehinggakan akan patuh dan mengikut telunjuk yahudi Amerika.Anwar telah menggadaikan bangsa dan mengepikan agama bagi tujuan peribadinya.Kita sebagai umat Islam wajib menentang manusia seperti ini.Pas yg terdesak untuk mencapai kemenangan sanggup menukar dasar perjuangan negara Islam kepada negara berkebajikan yg bertujuan meneuteralkan konsep jihad yg dibawa oleh Pas selama ini.Dana pilihanraya yang diperlukan adalah bersumberkan rakan rakan Anwar diseluruh dunia yg kepentingan mereka dipegang oleh yahudi.
Jika sekiranya Anwar berjaya dalam misi beliau maka tidak mustahil satu kem kepentingan yahudi akan terbentuk di Malaysia dan kedudukan oran Islam akan terancam.Pas mulai sedar hakikat ini namun mereka sanggup memperjudikan nasib manakala DAP sebagai sebuah parti yg extremis dan bergerak diatas nama kesamarataan akan meneruskan agenda kristianisasi.Bantuan 2 paderi juga akan menolong DAP memperkuatkan kejayaan mereka.Ancaman ancaman yang akan dihadapi oleh umat Islam adalah serangan musuh dari dalam dan luar.Anak cucu kita pasti akan menanggung akibat yang sangat dahsat hasil dari kecelakaan ini.

Kesedaran harus dipupuk dan keyakinan mestilah ditanam agar negara bangsa yg kita bina  setengah abad ini tidak dirosakkan oleh anasir perosak seperti Anwar Ibrahim.Yahudi Amerika sentiasa mengintai peluang melalui aspionage aspionage mereka yg menduduki negara Malaysia secara sah atau  haram.Sekutu sekutu mereka seperti Singapor sentiasa memberi kerjasama demi untuk mencapai tujuan untuk menguasai Malaysia.

Tuesday, April 17, 2012

BERSIH 3.0

                                                                     BERSIH 3.0
Sewaktu himpunan bersih 2.0 yang lalu,masyarakat  beranggapan bahawa segala tuntutan yang dibuat adalah demi keadilan untuk manusia yang mendiami bumi Malaysia dan menjadi harapan mereka semua akan menerima keadilan bagi meneruskan kehidupan serta mendapat kebaikan yang lebih baik.Sebenarnya Anwar Ibrahim memperjuangkan kepentingan diri namun beliau amat pintar menyembunyikan agenda tersebut dengan gagasan dan wawasan yang dicanangkan beserta isu yang dimainkan yang menyentuh sentimen rakyat.
Kita lihat apa yang berlaku sekarang,Anwar mengambil kesempatan terhadap figure yang kecewa dengan kerajaan dizaman Tun.M yang seangkatan dengan beliau.Bila cita cita poltik Anwar disekat Tun maka dendam terhadap UMNO membara hingga terlupa bahawa negara Malaysia hari ini masih ada tokoh yang mampu membawa negara ke mercu tanda yang lebih baik.

ISU PTPTN Anwar Ibrahim adalah seorang yang sangat strategis dalam mengekploitasi kumpulan manusia dan mempengaruhi mereka supaya idola-isu akan mencetuskan kecenderungan terhadap gerakan yang dianjurkan.Beliau tidak mustahak terhadap objektif isu tersebut namun tujuan utama adalah untuk menghasilkan pembikinan moral terhadap kepimpinan (leadership) yang beliau rancang.Anwar mencipta pelbagai karisma terhadap dirinya sendiri dengan mengutamakan kumpulan pengganda terhadap propaganda. Sebagai contoh,dalam isu PTPTN beliau mencetuskan satu harapan baru kepada anak muda bahawa beliaulah sebagai pembela kepada generasi-y apabila nasib peminjam dari kalangan siswa yang meihat peluang untuk medapat manfaat.Siswa ini akan menceritakan kepada ibubapa dan akan mempengaruhi mereka dengan harapan perjuangan Anwar akan menjadi kenyataan.Anak muda yang bergelar siswa ini tidak mengerti akan sepakt terajang permainan politik Anwar akan menganggap Anwar adalah hero mereka seterusnya mereka akan mengikut apa saja yang dicanangkan oleh Anwar. Anwar amat menyedari betapa beliau semakin susut kepercayaan dari kalangan golongan dewasa dan Anwar sudah tidak mampu menjanji apa-apa untuk mereka kerana janji telah ditaburi dahulu sememangnya dapat dicium bau dan selok belok kata-kata Anwar.Anwar perlu menghimpun seramai mungkin manusia demi untuk menjadikan bukti bahawa beliau masih lagi relevan dalam lanskap politik di Malaysia.Ini disebabkan program yang dihadiri Najib sudah mula menjadi ukuran kepada masyarakat dan akan mempengaruhi corak pembacaan minda pengundi dan seterusnya akan memberi keyakinan kepada pengundi bahawa Najib mula diterima secara total oleh rakyat Malaysia.Ini amat ditakuti oleh Anwar.Peperangan saraf yang dilanarkan oleh Anwar adalah amat tepat sekali pada ketika saham kepercayaan terhadap Najib semakin tinggi.

Tuesday, March 20, 2012

ANWAR,YAHUDI DAN ISRAEL

Anwar Ibrahim yang terdesak untuk menghadapi PRU13.Selaku ketua pembangkang yang bercita-cita untuk menduduki kerusi Perdana Menteri dan memerlukan keyakinan PAS serta kesetiaan DAP beliau terpaksa berdolak dalik dan menghambakan diri kepada sesiapa sahaja yang sanggup menentang Barisan Nasional.Yahudi adalah sahabat yang yang paling berpotensi untuk mendapatkan dana bagi menghadapi PRU13.Nik Aziz juga terdesak untuk mendapatkan sahabat demi menjatuhkan UMNO walaupun bersahabat dengan syaitan. Perlembagaan PAS yang dasarkan Al-Quran dan As-Sunnah sudah tenggelam apabila cita cita peribadi dan demdam sesama Islam mengatasi keimanan dan kesabaran.

Monday, February 13, 2012

PKR & PAS SEMAKIN TENAT

                    Kenyataan Hj Hadi Awang berkenaan negara Israel adalah haram dan Haram menyokong sesuatu yang Haram.Anwar Ibrahim memberikan kenyataan yang berlawanan dengan pendirian Hj Hadi tentang isu negara Israel.Nampaknya dasar dan pendirian yang berbeza semakin jelas antara PKR dan PAS semakin ketara,apatah lagi tentang pendirian DAP.Andainya PKR,PAS dan DAP berhasrat untuk memerintah negara Malaysia perlu dijelaskan kesamaan pendirian mereka agar rakyat tidak terkeliru dengan pandangan yang berbeza dalam suatu perkara yang amat mudah.Cuba bayangkan perkara yang melibatkan kepentingan negara dan bangsa tentu sekali rakyat akan sentiasa dalam keadaan keluh kesah dan mungkin menyebabkan rakyat menjadi pasif dalam penglibatan mereka dalam mengambil bahagian dalam perkembangan ekonomi negara.Sila rujuk faktor2 yang menyebabkan berlakunya tragedi 13 Mei 1969.Bukan saya berniat racis tetapi ingatlah kemerdekaan yang diberikan oleh penjajah British berdasarkan kemuafakatan dan tolerans kaum terbesar negara pada masa itu,jika tidak mustahil negara ini mendapat kemerdekaan sebegitu mudah.

                     Kita kena ingat ada suatu kuasa besar yang ingin melihat negara Islam seperti Malaysia menjadi hancur.Mereka mempunyai agenda yang tersusun dan dana yang cukup besar untuk meruntuhkan sebuah negara yang menjadi ancaman kepada mereka.Agenda mereka adalah memecah belahkan kestabilan politik sebuah negara dan kesempatan akan diambil melalui agen2 yang telah dilantik dan diasuh oleh mereka.Kestabilan dan keamanan yang kita nikmati sekarang telah mengatasi kesemua rekod negara2 didunia termasuk Amerika Syarikat dan Britain sendiri.Syabas kepada Hj Hadi yang konsisten terhadap kenyataan beliau tentang Yahudi dan betapa Anwar Ibrahim pada suatu waktu dahulu begitu marah dengan Israel tetapi sudah berubah hari ini demi kepentingan agenda sendiri.Saya bukan nak menuduh beliau penyokong Israel tetapi cara beliau mempertahankan Israel dalam wawancara sebuah agensi penyiaran barat amat diragui.Mengapa perlu dikeluarkan kenyataan tentang Israel?Apakah Anwar mendapat tekanan dari Israel atau Anwar menagih simpati dari sebuah negara yang diharamkan oleh Presiden PAS?Dari sudut politik,Anwar sudah semakin kehilangan pengaruh dikalangan rakyat Malaysia dan semakin ramai tokoh2 PKR meninggalkan beliau.Anwar perlu mengimbangi sokongan dalam dan luar negara.Beliau sudah dapat mengagak dasar2 pelaksanaan Najib mampu menarik kembali sokongan kepada Barisan Nasional dan propaganda2 PKR yang sudah tidak relevan lagi dengan perjuangan PKR.Hassan Ali juga menjadi ancaman terbaru kepada beliau manakala DAP masih berdiam diri menunggu peluang menjadi  wira yang tak diiktiraf.

                 Melihat kepada gelagat rakyat negeri Kelantan dan reaksi mereka,Nik Aziz juga sudah mulai risau tentang tahap sokongan semasa lalu Nik Aziz berdiam diri tak berani mengeluarkan kenyataan kerana Nik Aziz terkenal dengan "Tebolah" (Kelam kabut)  dalam menjawab sesuatu isu yang diajukan kepada beliau.PAS sanggup menjaga hati PKR dan DAP biarpun batin mereka menderita dan hakikatnya pengundi atas pagar yang menjadi fokus mereka sudah mula berpihak kepada BN.

                 SENARIO PENGUNDI DI KELANTAN

               Rakyat Kelantan yang mempunyai pendirian yang tetap tentang sokongan mereka hampir sama ramai antara BN dan Pembangkang.20 peratus adalah golongan atas pagar yang mempunyai keupayaan untuk menetukan kemenangan dan golongan terbesar adalah pengundi muda.Pengundi Kelantan memberi sokongan yang berbeza kepada Parlimen dan DUN adalah disebabkan 2 faktor:

                          1)Faktor Calon
                          2)Faktor mengekalkan Negeri Kelantan dibawah PAS dan Kerajaan Pusat dibawah BN.

             Kali ini senario agak berbeza dimana rakyat Kelantan ingin melihat sejauh mana Najib menunaikan janji dan apa perubahan yang akan diterima rakyat Kelantan bila BN memerintah negeri.Kawasan Felda,Felcra,Risda dan yang berada dibawah agensi pusat akan memberi sokongan kepada BN manakala kawasan yang terlalu kuat faktor ideologi akan mengalami kenaikan undi kepada BN disebabkan oleh pengundi muda yang tidak mendapat pembelaan dari PAS.Beberapa tokoh yang mempunyai pengaruh besar terhadap kawasan mereka tetap mendapat undi majoriti namun kesan penekanan Najib terhadap pembelaan nasib rakyat banyak memberi kelebihan.PAS akan kehilangan kerusi yang lebih banyak sementara DAP akan mendapat pertambahan kerusi di kawasan2 majoriti penduduk Cina di Malaysia.Kerusi Parlimen PKR pula dijangka merosot begitu teruk melainkan kawasan yang ditandingi tokoh-tokoh hebat mereka.Bagi calon2 PKR yang terkejut besar dengan kemenangan mereka pada PRU12 dulu pasti akan menerima nasib yang sangat buruk kali ini.

          Kerusi DUN Kelantan dijangka menunujukkan persaingan sengit yang hampir sama dengan PRU 2004 dahulu kerana aura Najib dan masalah dalaman PAS.Mustapa Mohamad akan mengatasi rekod pencapaian beliau dahulu dan tidak mustahil kerajaan PAS boleh tumpang kali ini dengan syarat calon yang telah ditolak oleh pengundi dan mempunyai rekod buruk tidak diketengahkan lagi.Rakyat Kelantan sebenarnya adalah mereka yang paling suka melakukan perubahan cuma tidak dapat dilaksanakan oleh BN yang terikat dengan tradisi organisasi yang memberi keistimewaan kepada penjawat parti.Jika ini dapat diselesaikan oleh BN maka PAS akan berkuburlah pada PRU13 nanti.


         Pemimpin PAS tidak takut kepada kerancakan aktiviti BN/UMNO tetapi mereka lebih takut kepada perubahan nilai yang berlaku dalam BN/UMNO.Jikka nilai perubahan berlaku dalam jiwa pejuang UMNO dan dilihat oleh rakyat dengan jelas maka saya gerenti 99.99% PAS akan berpuh dahi dan menggaru tempat tak gatal.Nik Aziz cukup bimbang dengan perebutan calon dalam PAS yang tidak didedahkan kepada masyrakat.PAS sedang mencongak calon2 mereka dan setengahnya sudah mengumumkan secara tak rasmi bagi mengelak dari berlakunya "Nyetok" (merajuk) dan 'balasan' sudah diatur kepada mereka yang tidak dicadangkan sebagai calon supaya tidak berlaku "Cas Keting".Alangkah baiknya jika calon BN diumumkan lebih awal dan pujukan awal dilakukan kepada bakal2 yang mendakwa "Winnable Candidate" dari kalangan pemimpin BN/UMNO.Bagi pemimpin yang merasakan mereka adala Winnable maka bersesak-sesak lah mengikut rombongan pemimpin besar BN tak kira kemana sahaja mereka pergi dan sandiwara semasa pun bermulalah dengan penuh emosional dengan harapan termasuk dalam 'short listed candidates'.Perkara yang sama juga berlaku dalam PAS sehinggakan yang tak pernah menadah kitab pun sanggup mengajar di madrashah rata-rata demi mempromosikan diri.


        Saya rasa rakyat golongan penentu kemenangan sudah mula membuat perhitungan dan meletakkan harga diri sebagai 'Pengundi Emas' dan nilai mereka sangat bermakna bagi menentukan siapa bakal pemerintah negeri Kelantan.


         Antara Pengundi Emas:


                     1.Penjawat Awam
                     2.Golongan Belia
                     3.Kaum Siam dan Kaum Cina (Mengikut faktor peratus pengundi masing2)
                     4.Golongan Pengikut PKR yang membenci pemimpin Cawangan UMNO
                     5.Kaum Asli
                     6.Penyokong Tegar Ibrahim Ali,Zaid Ibrahim,Nik Sapiei,Wan Zaid,Kuli;dan
                     7.Kumpulan Pemberontak yang kalah dalam pemilihan UMNO Bahagian.
       
           Inilah kumpulan yang akan menentukan siapa bakal memerintah negeri Kelantan.Pengaruh Red Warrior juga tidak kurang pentingnya cuma ianya lebih jelas di Ketereh berbanding dengan kawasan2 lain.Bagi penjawat awam keputusan SBPA akan mempengerahi mereka dan penyokong/ahli PERKASA akan bergantung sejauh mana Presiden mereka mendapat layanan dari BN.Nik Sapieie pula akan membuat perhitungan dengan BN Kelantan dan Wan Zaid masih mempunyai pengikut setia di K.Krai.Kesemua faktor diatas akan berubah kiranya calon BN benar2 Winnable Candidate.


        

Wednesday, January 18, 2012

Dr Hassan Ali-Surat terbuka untuk Nik Aziz

Salam YAB Dato',
             Terlebih dahulu saya panjatkan doa ke hadrat Illahi agar YAB Dato'  dikurniakan kesihatan dan kelapangan dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin dan ketua kerajaan negeri.Saya merasa tersentuh bila ada pemimpin PAS seperti Dr Hassan Ali dipecat dari parti PAS hanya kerana kenyataan beliau mempersoalkan kes Anwar Ibrahim.Negara Malaysia perlu kepada parti pembangkang demi check and balance.Saya pernah mengikuti ceramah Dr Hassan Ali di hadapan PTD pada tahun 85'.Beliau yang begitu lantang berceramah tentang etika sebagai seorang pegawai PTD dengan kePTDiannya,pemimpin dengan kepimpinanya dan rakyat dengan kerakyatannya.Prinsip beliau tak pernah berubah sehingga kini.Setelah beliau melontarkan diri dalam perjuangan PAS saya merasakan negara juga mendapat manfaat dari ketegasan beliau yang disuarakan melalui parti PAS,sekurang-kurangnya beliau sebagai 'reminder' kepada perjalanan pemerintahan kerajaan BN.Diwaktu itu tiada "Erdogan" dalam PAS.PAS dilihat lebih istiqamah dalam perjuangan dan parti pilihan kedua kepada orang Melayu.

YAB Dato',
             Setelah kemelut pemecatan Dr Hassan Ali dan alasannya adalah kerana merosakkan parti maka seluruh pemerhati politik melihat polemik tersebut telah memulakan satu tafsiran baru dalam prinsip perjuangan PAS.Parti PAS ternyata mempunyai pemimpin yang hebat seperti Dr. Burhanuddin,Prof Zulkifli,Asri Hj Muda,Hj Muhamad Nasir dan beberapa nama besar lagi termasuk Dato' sendiri.PAS dilihat lebih mengutamakan perjuangan berbanding matlamat sebelum ini.PAS tidak peduli tentang kekalahan yang dialami disebabkan  perjuangan tidak mengira kalah atau menang kerana perjuangan adalah jihad.Setelah PAS bergerak bersama sama DAP-PKR saya melihat dasar perjuangan PAS semakin dipengaruhi oleh DAP-PKR.Apakah Dr Hassan Ali sudah tidak relevan lagi dengan dasar perjuangan PAS? atau PAS tidak memerlukan Dr Hassan Ali hanya kerana ingin menjaga hati pengikut Anwar Ibrahim?.

YAB Dato'
             Semenjak tahun 1959 sehingga 1978 PAS memerintah Kelantan termasuk bersama Perikatan dan kembali memerintaha Kelantan semula dibawah era Dato' sendiri dari tahun 1990 hasil bantuan YM Tg. Razaleigh sehingga kini.Rakyat Kelantan memilih untuk mengekalkan kepimpinan Dato' kerana mereka melihat Dato' tidak dihimpit isu kepimpinan,bukan mereka membenci BN sangat, namun hari ini PAS akan menghadapi kesukaran untuk memboloskan diri dari saingan BN dan kesan perubahan dasar dalam PAS.Saya ingin nyatakan bahawa Dr Hassan Ali telah menjadi ikon kepada pencapahan aliran pemikiran penyokong PAS dan akan menjadi faktor perpecahan dalam PR (anti- collaberation).Dr Hassan tidak menyatakan minat untuk menyertai UMNO dan tidak mengalah dari menyatakan kebenaran.

YAB Dato',
             Pada suatu ketika dahulu UMNO pernah menjemput PAS untuk  bersatu bersama UMNO tetapi Dato' menolak kerana takut tertipu untuk kali ke-2 sebagaimana Dato' nyatakan dalam satu temual dengan pemberita.Sacara rasionalnya Dato' menolak jemputan UMNO dan kiranya PAS tertipu dengan UMNO maka orang Melayu hanya akan tertawa sahaja tetapi sekiranya PAS tertipu dengan DAP-PKR orang Melayu tidak mampu untuk tertawa lagi bahkan akan menangis untuk selama-lamanya.Adakah Dato' merasa pemecatan Dr Hassan Ali akan menguntungkan orang Islam? atau memberikan kebaikan kepada orang Melayu?.

YAB Dato',
             Saya pohon maaf kiranya persoalan saya untuk kali ini akan mengguriskan perasaan Dato'.Apakah sifat-sifat Dr. Hassan Ali yang menjalankan tugas beliau sebagai Exco Negeri Selangor bertentangan dengan Al Quran dan Hadis?.Sejauhmana kebaikan yang dibawa oleh Karpal dan Lim Kit Siang serta Anwar Ibrahim demi agama?Apakah mereka ini tidak mungkin akan menjadi penghalang kepada dasar perjuangan PAS yang Dato' menjadikan KPI adalah ukuran Taqwa kepada Allah swt.Saya kagumi dengan KPI Dato' menjadikan Taqwa sebagai KPI namun dalam siasah matlamat ketaqwaan itu tidak boleh diubah sewenang-wenangnya dan matlamat tidak menghalalkan cara.

YAB Dato',
            Dari cara pemecatan Dr Hassan Ali,saya melihat PAS sudah tidak berpegang pada prinsipnya lagi.Kenyataan Dr Hassan Ali memang tepat,kes liwat Anwar adalah kes peribadi antara Anwar dengan Saiful,bukannya  kes PR melawan BN.Kepimpinan Islam yang agung terdahulu pernah menghukum anak sendiri kerana pertuduhan zina dan prinsip itu adalah berlandaskan Al Quran dan Hadis.mengapakah Dr Hassan Ali dipecat kerana memberikan pendapat peribadi beliau yang benar,bukan soal Anwar bersalah atau tidak tetapi biarlah ianya menggambarkan suatu  keadilan dalam perjuangan.Secara terbuka saya ingin katakan Dato' pernah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang amat mengelirukan sebelum ini namun rakyat negeri Kelantan tidak menghukum Dato' kerana keperibadian Dato' yang mampu mengatasi kenyataan-kenyataan kontroversi Dato'.Sahsiah Dato' yang mencipta Siasah tetapi dalam hal pemecatan Dr Hassan Ali tahap 'Pakatan'(Colation) PR akan berubah dan akan mencetuskan penghakiman (judgement) pengundi yang akan berbeza dengan suasana PRU13.

YAB Dato',
          Sebelum saya mengakhiri surat terbuka saya,terlebih dahulu saya mohon maaf kerana saya terpaksa menyatakan bahawa "Popularity dan Immunity (Kemaksuman Politik) Dato' akan terjejas dan saya mengesyorkan kembali agar mempertimbangkan Penyatuan Bangsa yang seAgama demi Islam terus syummul di Malaysia.Sekali phon maaf dari YAB Dato'.Sekian wassalam.
 



Yang Benar.
Pejuang Agama,Bangsa Dan Kedaulatan Raja Raja.
          

Sunday, January 15, 2012

Tahniah,Anwar Ibrahim Dibebaskan

Salam kepada semua penyokong Anwar Ibrahim,
            Terlebih dahulu diucapkan tahniah kepada sdr Anwar Ibrahim kerana dibebaskan diatas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau,sdr Mohd Saiful Azlan.Memang tidak boleh dipertikaikan lagi keputusan hakim yang mendapati kes tersebut tidak dapat disabitkan kesalahan kerana keraguan dalam bukti pendakwaan melalui DNA.Apabila membaca keputusan penghakiman maka bergembiralah sdr Anwar dan Kak Wan serta anak2 kerana doa yang dipanjat dan munanjat kehadrat Illahi selama ini dimakbulkan justeru mereka layak untuk mengucapkan kesyukuran diatas keputusan tersebut.

           Keputusan tetap tidak berubah sehingga kes tersebut dibawa kepada rayuan oleh pihak pendakwa.Apa yang mustahak untuk dibincang dan diperkatakan disini adalah:

        1.Badan Kehakiman telah menjalankan tugas mereka tanpa dipengaruhi oleh ahli politik
        2.Kes antara Anwar dan Saiful adalah kes peribadi
        3.Keputusan Hakim menyatakan pihak mahkamah tidak yakin dengan bukti DNA dan tanpa saksi          
           sokongan yang lain untuk mensabitkan kes dengan pertuduhan yang dibaca.

          Penafsiran umum yang dapat saya buat adalah hanya kerana ada keraguan dalam pembelaan sahaja maka mahkamah tidak dapat mensabitkan kesalahan liwat oleh Anwar.Dari segi perspektif politik sebenarnya Anwar sudah terkeluar dari kriteria sebagai seorang pemimpin politik.Apakah keputusan mahkamah tersebut sudah membersihkan imej belia dari segi moral?Cuba kita bandingkan Anwar dangan Haji Hadi.Haji Hadi tidak pernah dikaitkan dengan imej moral,begitu juga dengan Nik Aziz.Mengapa Anwar yang dinobatkan sebagai pemimpin pembangkang dan sebagai bakal Perdana Menteri?Apakah kelebihan Anwar dari sudut Islam berbanding dengan pemimpin PAS yang lain?.Setelah keputusan dibuat,berapa ramai umat manusia di Malaysia yang yakin bahawa Anwar tidak pernah terlibat dalam isu liwat?Memang kes liwat ini hanya ada 2 manusia yang tahu sebenarnya apa yang yang berlaku iaitu Anwar sendiri dan Saiful.
        Saiful telah memberi keterangan bersumpah dalam mesjid dan menyerahkan sampel DNA kepada pihak pendakwa.Kenapa Anwar tak mahu menangkis keterangan bersumpah Saiful dengan membuat keterangan sumpah laknat?Kenapa Anwar tidak membenarkan pihak pendakwa mengambil sampel DNA beliau?SEANDAINYA Anwar benar benar orang yang berani kerana benar maka beliau seharusnya tampil dengan sukarela untuk menyerahkan sampel DNAnya dan saat yang sesuai untuk mengambil alih Putrajaya dan membuktikan konspirasi terhadap beliau benar benar wujud.
          Dari segi  moral,Anwar sudah terdampar dalam kejatuhan yang amat dalam.Dalam negara kita masih ramai manusia yang mampu jadi pemimpin yang tidak tercalar dengan isu-isu sperti yang Anwar hadapi.Kita lihat dari awal isu Anwar yang dikaitkan dengan kes liwat.Kenapa Anwar tidak tampil dengan alibi yang kukuh untuk meyakinkan Dr Mahathir bahawa beliau memang bersih.Di sudut politik pula mengapa beliau dinasihatkan berundur dari kabinet,beliau tidak mahu berundur memberi laluan untuk penyiasatan.Saya tidak menafikan kebolehan beliau dalam mempengaruhi penyokong sehingga menjadi idola yang hebat namun ia tidak memberi apa apa keuntungan kepada negara kerana penyokong fanatik yang tidak bersifat rasional akan membuat tindakan yang mengancam keharmonian negara dan kestabilan politik.Memang itu salah satu kaedah untuk menjatuhkan kepimpinan semasa adalah membuat kekacuan tetapi apa untungnya kepada rakyat?Usia Anwar Ibrahim mencecah 65 tahun dan kebanyakkan pengikut kuat mereka adalah antara yang berusia kurang dari 40 tahun.Perbezaan 25 tahun usia Anwar Ibrahim dengan mereka sebenarnya membuatkan mereka tidak mengenali Anwar ketika Anwar diusia 30 tahun dahulu.Ketika Anwar berusia 25 tahun ibubapa mereka ada yang masih belum berkahwin.Ketika Anwar memimpin pelajar dengan Isu Kemiskinan Baling Dr Mahathir adalah Menteri Pelajaran,ketika Dr Mahathir mengajak Anwar menyertai UMNO Anwar lebih berminat untuk mengikuti PAS TETAPI apabila Dr Mahathir memegang tampuk pemerintahan beliau menawarkan jawatan Timbalan Menteri kepada Anwar lalu Anwar menerima jawatan tersebut.Mengapa bila ditawarkan jawatan baru beliau bersetuju untuk menyertai UMNO?
         Keistimewaan yang diberikan Dr Mahathir kepada Anwar begitu menguntungkan Anwar apabila menyikirkan Shuaimi Hj Kamaruddin dalam 2 kali percubaan.Anwar hampir mencapai impian beliau untuk jadi Perdana Menteri namun apabila beliau yang digilap sebagai pemimpin oleh Dr Mahathir akhir dipecat oleh Dr Mahathir maka Anwar amat kecewa dan sehingga kini bmasih menyimpan cita cita untuk menjadi Perdana Menteri.
         Secara jujur saya ingin menasihatkan Sdr Anwar Bin Ibrahim.Usia dah menjangkau 65 puluh tahun,kekuatan fizikal sudah terbatas,Dr Mahathir sudah bersara,Pak Lah pun sudah bersara di usia 65 tahun,kalau dala Perkhidmatan Awam pun usia 65 tahun diambil secara Contract for Service dari setahun ke setahun, untuk apa lagi Anwar mengejar jawatan?kalau nak membantu rakyat Malaysia banyak cara selain dari menggugat kestabilan politik negara.Ramai kawan kawan yang seusia  telah tinggalkan beliau dan dalam masa yang sama sanggup mendedahkan segala keburukan bekiau dimasa yang lampau.Azmin Ali hanya mengenali beliau setelah Anwar berada dalam kerajaan BN,begitu juga dengan Saifuddin Nasution Ismail yang menjadi Penolong Setiausaha Pemuda UMNO.Kemana larinya kawan- kawan lama Anwar?Kemana kroni-kroni Anwar yang banyak mengaut keuntungan semasa beliau menjadi Menteri Kewangan?Bersaralah Anwar dari dunia politik dan berbuat amal ibadat banyak banyak agar setiap kesalahan dan kezaliman yang lalu diampunkan dosa oleh Allah swt.
       Saya juga pernah bersahabat dengan beliau dan seikhlas hati saya menyarankan beliau agar lupakan cita cita yang tak kesampaian itu,biarkanlah ia berlalu dan serahkan kepada Izzah yang menyambung hasrat saudara.Fikirkanlah tentang kesihatan dan dosa dosa yang lalu agar hidup kita lebih tenang sewaktu berada dialam barzakh.Kasihan pada Kak Wan yang menanggung beban yang tak sepatutnya dipikul oleh seorang wanita.
       Mengapa nak samakan diri dengan Nelson Mandella,perjuangan Nelson tak sama dengan perjuangan sdr Anwar.Nelson memperjuangkan hak penduduk  kulit hitam di Afrika Selatan,perjuangan saudara Anwar hanyalah demi untuk menjejak kaki di Putrajaya,perjuangan Au San Sunn Kyi hanyalah untuk mengembalikan demokrasi di negara beliau.Tokoh yang diagung-agungkan saudara Anwar di Filipina (Jose Rizal)pun tersungkur akhirnya kerana cinta,Sheikh-ul Al -Qardawi (Mahaguru sdr Anwar) juga hidup terbuang dan ramai lagi pemimpin yang berjuang demi kepentingan bangsa dihormati tetapi perjuangan sdr Anwar semakin hari semakin jelas perjuangan agenda peribadi.BEREHATLAH SAUDARA ANWAR SEBELUM SAUDARA BENAR BENAR DIDAKWA DENGAN BUKTI YANG CUKUP!!!!.Saya fikir inilah peluang terbaik untuk saudara berehat dengan tenang sebelum dihampiri Malaikat Maut.Tinggalkanlah dunia politik saudara dan mulailah hidup saudara yang sebenarnya.InsyaAllah segala dosa diampunkan Allah yang maha pengampun.