Tuesday, April 17, 2012

ISU PTPTN Anwar Ibrahim adalah seorang yang sangat strategis dalam mengekploitasi kumpulan manusia dan mempengaruhi mereka supaya idola-isu akan mencetuskan kecenderungan terhadap gerakan yang dianjurkan.Beliau tidak mustahak terhadap objektif isu tersebut namun tujuan utama adalah untuk menghasilkan pembikinan moral terhadap kepimpinan (leadership) yang beliau rancang.Anwar mencipta pelbagai karisma terhadap dirinya sendiri dengan mengutamakan kumpulan pengganda terhadap propaganda. Sebagai contoh,dalam isu PTPTN beliau mencetuskan satu harapan baru kepada anak muda bahawa beliaulah sebagai pembela kepada generasi-y apabila nasib peminjam dari kalangan siswa yang meihat peluang untuk medapat manfaat.Siswa ini akan menceritakan kepada ibubapa dan akan mempengaruhi mereka dengan harapan perjuangan Anwar akan menjadi kenyataan.Anak muda yang bergelar siswa ini tidak mengerti akan sepakt terajang permainan politik Anwar akan menganggap Anwar adalah hero mereka seterusnya mereka akan mengikut apa saja yang dicanangkan oleh Anwar. Anwar amat menyedari betapa beliau semakin susut kepercayaan dari kalangan golongan dewasa dan Anwar sudah tidak mampu menjanji apa-apa untuk mereka kerana janji telah ditaburi dahulu sememangnya dapat dicium bau dan selok belok kata-kata Anwar.Anwar perlu menghimpun seramai mungkin manusia demi untuk menjadikan bukti bahawa beliau masih lagi relevan dalam lanskap politik di Malaysia.Ini disebabkan program yang dihadiri Najib sudah mula menjadi ukuran kepada masyarakat dan akan mempengaruhi corak pembacaan minda pengundi dan seterusnya akan memberi keyakinan kepada pengundi bahawa Najib mula diterima secara total oleh rakyat Malaysia.Ini amat ditakuti oleh Anwar.Peperangan saraf yang dilanarkan oleh Anwar adalah amat tepat sekali pada ketika saham kepercayaan terhadap Najib semakin tinggi.

No comments:

Post a Comment