Monday, November 21, 2011

PUSAKA POLITIK DAN PUAKA POLITIK

Politik yang berasaskan perjuangan bangsa;suatu perjuangan yang dianggap Assabiyyah,
perjuangan politik yang berasaskan agama dianggap Jihad.MENCARI KEBENARAN DAN PENILAIAN ANTARA UMNO DAN PAS.

Assabiyah:Suatu perjuangan yang mementingkan kaum serta mengenepikan hak kaum lain.
Jihad :Suatu perjuangan menegakkan agama Islam dengan segala pengorbanan.

PAS menjadikan Al-Quran dan Hadith sebagai dasar perlembagaannya.UMNO memperjuangkan bangsa Melayu secara bekerjasama dengan kaum-kaum lain dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.Hasilnya kemerdekaan tercapai pada tahun 1957.
Orang Melayu adalah secara rasminya penganut agama Islam,PAS tidak bersetuju dengan cara UMNO kerana Perlembagaan Negara berasaskan Demokrasi British.Perdebatan dan perbalahan antara PAS dan UMNO bermula dari sejak penubuhannya dan berlarutan sehingga tahun 1974 dan memuncak kembali pada tahun 1981 melalui amanat2 yang sangat kontroversi sehingga menimbulkan konflik keagamaan yang sangat meruncing hingga membawa kepada tragedi pembunuhan dan perpecahan dalam keluarga yang sangat kritikal.Tiada satu pun piagam yang mampu menyatukan semula antara UMNO dan PAS.UMNO dengan slogan 'PERJUANGAN BANGSA' dan 'PAS UNTUK SEMUA' sehingga menyebabkan orang lain terpaksa menjadi penonton kepada Sayembara 2 Parti Melayu yang terbesar ini.Mengapa semua ini terjadi?Adilkah kepada anak Melayu yang mendiami bumi Malaysia ini?Andaikan UMNO tidak menepati kehendak perjuangan Islam dari kacamata PAS,mengapa perlu menolak kerjasama dengan UMNO dan menerima DAP sebagai sahabat?

Libya,Mesir,Syria,Sudan dan Lubnan;negara yang lebih Islamik berbanding Malaysia yang menjadi contoh kepada PAS suatu masa dahulu kini terbukti mengambil Malaysia menjadi contoh dan model sebuah negara. Hampir 13juta rakyat Malaysia yang layak mengundi menjadi keliru dengan dasar2 sesebuah parti yang mempamerkan segala macam janji kebaikan dan perubahan termasuk juga parti UMNO.Rakyat Malaysia sebenarnya masyarakat yang perihatin terhadap semua perkara.Rakyat Malaysia sanggup membela sesiapa sahaja yang dilihat teraniaya.Berbagai 'THON' dilancarkan dan ternyata rakyat Malaysia adalah masyarakat penyayang.TETAPI dalam berpolitik,rakyat Malaysia sanggup "MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI".Mampukah rakyat Malaysia hari ini menjadi masyarakat pesaing seperti di negara maju?terutama bangsa Melayu.Dasar yang dirangka oleh pemimpin terdahulu ternyata menjadi asas kekuatan bangsa Melayu tanpa menolak hak2 kaum lain.Tongkat yang disediakan cukup menyelesakan orang Melayu dan tidak dibantah oleh kaum lain secara total.Krisis perebutan kuasa untuk menjadi pemerintah menampakkan kepentingan diatas dikesampingkan bila tiba musim pilihanraya.Barisan Nasional telah menunjukkan corak pemerintahannya selama 54 tahun,Tunku Ab.Rahman-Razak-Hussin-Mahathir-Abdullah-Najib hampir sama dengan pemerintahan Gaddaffi dan Mubarrak,cuma yang membezakan mereka adalah pemimpin individu dan pemimpin perjuangan sebuah parti.Saya yakin dan percaya jika Tunku memerintah selama Gaddaffi atau Mubarrak rakyat Malaysia juga akan menggulingkan kerajaan Tunku,begitu juga Razak,Hussin atau Mahathir.NAMUN oleh kerana pendekatan yang diperjuangkan oleh pemimpin2 tersebut bersesuaian dengan zaman mereka sendiri maka keunggulan pemimpin tadi sukar digugat.Era Najib nampaknya lebih mencabar berbanding dengan kelima2 pemimpin yang lain kerana masyarakat Malaysia sudah mula terdedah dengan Dunia Tanpa Sempadan dan Perubahan Nilai.Nik Aziz-Hadi-Anwar-Karpal-Kit Siang menyedari perubahan nilai yang melanda masyarakat Malaysia,terutamanya Anwar Ibrahim yang telah melalui pelbagai tahap kedudukan dan pengalaman berorientasikan pergerakkan politik.Keuntungan dari perubahan nilai ini menjadi milik Pakatan Rakyat dalam PRU12 dan terjemahan rakyat diatas kertas undi telah menyebabkan BN hilang majoriti 2/3 di parlimen dan tempiasnya sampai ke Kelantan.

SENARIO POLITIK NEGERI KELANTAN-8MAC 2008-21NOV.2011

45 DUN/14 PARLIMEN menjadi rebutan:Kemerosotan PRU12 ternyata tidak relevan dengan Najib,Najib hanyalah pemain simpanan diketika itu.Pak Lah dikenakan kad kuning oleh pengadil yang dimainkan peranan oleh seluruh rakyat Malaysia yang layak mengundi,namun pada peringkat awalnya (2004) rakyat menjadi penyokong dan refferee kepada Pak Lah,disebabkan Pak Lah tidak menjaringkan gol yang mengembirakan rakyat maka penyokong berpaling tadah dan memberikan sokongan kepada pihak yang lain termasuklah di Kelantan.Tak perlu analisis yang terperinci cukup sekadar menyatakan lebih 70% pengundi muda di Kelantan menolak BN pada 2008.Bijak pandai dalam UMNO menyedari hakikat tersebut lalu mendesak pemain simpanan dimasukkan dan menukar pemain yang ada.Acceptance (Penerimaan) dikalangan rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa mula menunjukkan perubahan namun momentumnya masih belum selari dengan rakyat negeri Kelantan.1Malaysia-Rakyat diDahulukan,Pencapaian diUtamakan (Perlu diungkapkan sepenuhnya,kata Ketua Pengarah JASA Malaysia,Dato' Fuad Tan Sri Hassan dalam wawancara Bicara Rakyat di Melborne,Australia baru baru ini) memberi gambaran yang menunjukkan Najib mula menghambakan diri kepada rakyat demi memenuhi kehendak kepada perubahan nilai.Gagasan dalam NKRA (6+1)ternyata memenuhi cita rasa dan perubahan nilai tersebut.(Tahniah kepada Dato' Fuad yang berjaya membicarakan perubahan nilai diluar wilayah rakyat yang mengundi dan mendedahkan diperingkat global).Nilai perubahan rakyat Kelantan masih lagi terikat dengan dendam peribadi kepada pemimpin nasional.Sebagai contoh,seorang wakil rakyat yang boleh dikatakan langsung tidak menjenguk kawasan namun tetap menang pilihanraya dan masih
lagi mendapat tempat dihati rakyat.Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Najib sudah mula menampakkan kesan dihati rakyat bila mana rakyat tidak menolaknya.Rakyat Kelantan belum memuji sepenuhnya namun tidak menolak sudah cukup bagi Najib sebagai suatu penerimaan.Persoalan keadilan bajet 2012 disisi masyarakat memang tidak boleh lari dari dipersoalkan.Sesiapa pun akan persoal tentang keadilan bila mereka merasa bahagian kurang berbanding dengan orang lain (Itu memang sifat semula jadi manusia).Generasi muda sudah tidak merasa kekok (janggal) untuk menghadiri majlis yang dianjurkan UMNO.Tiada pemulauan yang agak jelas dikalangan generasi dewasa dan warga emas juga tidak sukar melemparkan senyuman kepada penggiat UMNO.PAS Kelantan amat menyedari hakikat ini dan merangka berbagai strategi agar momentum ini mesti dihentikan.UMNO Kelantan juga sudah mula membincangkan tentang saranan Najib tentang calon yang mampu menang untuk diketengahkan.Pelbagai karakter dan ciri dirangka bagi mencari calun yang benar benar wibawa.
Di negeri Kelantan sebenarnya semua calun berwibawa bila mantan2 YB diketengahkan kerana mereka pernah dipilih dan juga pernah ditolak.Mereka ditolak bukan kerana 'Personnal Crediblity' tetapi kerana "Isu yang Berwibawa."

Kewibawaan Isu yang dimainkan lebih memberi markah kepada sesebuah parti berbanding Wibawa Calun yang diketengahkan,justeru kedua-dua faktor WIBAWA mesti diambil kira.PAS sudah memulakan perang psikologi dengan melontarkan Isu2 yang bersifat nasional dan cuba menonjolkan calon2 yang 'Berjurus'(Pekerti yang baik) bagi melawan pendekatan yang dibuat Najib.Ini menunjukkan pendekatan Najib mula dirasakan menggugat kekuatan PAS Kelantan.Keadaan ini membuatkan semua pemimpin UMNO Kelantan dalam keluh kesah samada disenarai pendekken atau tidak.Senario ini sebenarnya memberi tekanan kepada PAS.Rakyat sudah mula bersetuju dengan langkah Najib dan Najib dilihat benar-benar ingin MENDAHULUKAN RAKYAT DAN MENGUTAMAKAN PRESTASI.
Tidak mustahil BN kembali memerintah Kelantan jika sekiranya hasrat Najib dilaksanakan sepenuhnya oleh kepimpinan UMNO Kelantan.Keikhlasan Mustapa Mohamed dan sikap serta cara kerja beliau menjadi faktor utama kepada kejayaan tersebut.Merakyatkan UMNO perlu dilaksanakan segera dalam mencapai hasrat tersebut.UMNO perlu dilihat milik rakyat dan bukan sebaliknya.Perubahan itu dinyatakan Najib dalam perhimpunan Agung UMNO yang lepas bila kaedah memilih pemimpin diubah menjadi lebih terbuka dan ahli UMNO yang hanya 'di-ahlikan' sebelum ini mula terasa benar-benar ahli akan mengambil bahagian dan menambah kekuatan dari segi moral maka BN terlalu sukar untuk bertarung dipentas yang diadili rakyat.Rakyat Kelantan dan Terengganu tidak jauh bezanya dari segi pemikiran dan bersosial serta amalan cara hidup mereka.Mereka menjatuhkan Wan Mokhtar kerana isu personnal,rakyat Kelantan menjatuhkan BN kerana isu personnal Kuli,cuma sedikit bezanya rakyat Kelantan lebih mengasihani pemimpin yang nampak lebih meskin daripada mereka yang bermewah yang kurang mendekati rakyat.Kekayaan peribadi tidak menjadi halangan cuma perlu dimanfaatkan untuk mendekati rakyat.Rakyat Kelantan mungkin memberikan laluan selesa untuk Najib membentuk Kerajaan tetapi usaha untuk menawan Kelantan perlu dilipat gandakan.


.

No comments:

Post a Comment