Wednesday, November 16, 2011

KARPAL-NIK AZIZ-ANWAR VS MOHD NAJIB

Negara Berkebajikan-Suatu Retorik Yang Tiada Penghujung.
Kepada warganegara Malaysia yang saya hormati,Polimik memancing undi sudah bermula,gendang PRU semakin hampir untuk dipalu,tukang canang sudah bersiap sedia.KARPAL (DAP-Anak didik PAP),NIK AZIZ(PAS-Perjuangan Pemerintahan Islam) &ANWAR (PKR-Perjuangan Peribadi Yang Tak Pernah Selesai).

MOHD NAJIB RAZAK-TRANSFORMASI UNTUK SEJAHTERAKAN RAKYAT

Setelah Bajet 2012 dibentang,PR mula mendakwa Bajet Cedok kononnya draft bajet PR sama dengan bajet yang dibentangkan oleh Mohd Najib.Soalan mudahnya:KENAPA PERLU TUKAR KERAJAAN BILA APA YANG HENDAK DILAKSANA OLEH PR SAMA DENGAN APA YANG DIBUAT OLEH BN?Jawapan ini Sdra Anwar Ibrahim kena jawab.

KARPAL SINGH-MENENTANG HUKUM HUDUD DAN PENUBUHAN NEGARA ISLAM

Edah musim PRU semakin hampir,HUKUM HUDUD dilaungkan semula,pelbagai forum dianjurkan,nampak HUKUM HUDUD juga bermusim mengikut musim pilihanraya.KARPAL terkapai-kapai
malahan terjerat dengan ketetapan PAS yang ISTIQAMAH dengan perjuangan.(Tahniah PAS).

NIK AZIZ-PERJUANGAN BERUBAH KERNA KARENAH BRO KIT DAN BRO KARPAL

Saya kenal Anwar dan Nik Aziz lebih lama dari mengenali Karpal dan Lim Kit Siang,entah mengapa saya rasa kesian dengan mereka berdua kerana terperangkap dengan Karpal dan Lim Kit Siang dalam cita-cita memerintah negara.Anwar hanya menumpang sementara orang Melayu menunjangi PAS,Cina dan India mendokong DAP dan serpihan-serpihan yang tewas kepada Mahathir yang masih kecewa memeluk PKR.Cuba kita toleh kebelakang sedikit mengimbaui sahabat silam Nik Aziz:Nakhaei,Asri Hj Muda,Ishak Lotpi,Muhammad Nasir,Wan Ismail,Fadhil Nor,Ibrahim Libya,Hj Noor Teliar(Tuan Guru Penulis),Hj Lah Lubok Tapah,Yusof Rawa,Hj Ghani Ab Rahman dan ramai lagi yang tak dapat disebut sudah bertukar pemikiran kerana pendekatan yang dibawa PAS sudah berubah.Saya mengenali Nik Aziz ketika guru saya (Hj Noor Teliar) bertanding namun tewas tipis di DUN Tendong selepas itu beliau diburu oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri bersama Hj Lah Lubok Tapah.Nik Aziz hanyalah insan kerdil diwaktu itu.Nasib menyebelahi Muhammad Nasir dan beliau bersama BERJASA (Panglimanya adalah Ibrahim Ali) ditabal memjadi Menteri Besar Kelantan.Anwar Ibrahim pun terloncat-loncat berceramah dimerata-rata sampai digelar Bung Karno Malaysia.Ketika Muhammad Yaacob memerintah Kelantan Nik Aziz sama tarafnya dengan Adi Jagat (Ibrahim Ali),namun PAS diwaktu itu didokong oleh majoriti anak-anak pondok yang semutarnya (Serban) ala Tok Kenali mendekati masyarakat kampung,Kebetulan (Takdir Allah S.W.T) berlaku perpecahan dalaman yang amat hebat antara team A dan team B pada dalan pimpinan UMNO lalu tertubuh Semangat 46 yang membantu PAS dengan nama pakatan APU(Angkatan Perpaduan Ummah).Bagi saya APU adalah Angkatan Perpecahan Ummah.Setelah 3 penggal UMNO dilanda musibbah(1990/1995=Semangat 46,1999=KeAdilan,2004 BA hampir menemui AJAL dan 2008 kritikan Mahathir yang teruk terhadap Pak Lah) dan untuk menghadapi ketelusan NAJIB terhadap rakyat Nik Aziz mati akal lalu menerima saranan Anwar untuk menukar slogan NEGARA BERKEBAJIKAN.

Saya adalah generasi yang telah akil baligh ketika pemerintahan Tun Razak dan sempat membuat penilaian secara pemikiran remaja ketika itu,Tun Razak benar-benar mahu mensejahterakan rakyat Malaysia.Lebuh Raya Timur Barat dirangka,Rancangan Buku Hijau,Tabung Haji,Rancangan Peneroka Felda,Felcra dan segala kemudahan untuk rakyat dibuat demi warganegara.Pada tahun 1977 Tun Razak ke kampung saya di Teliar merasmikan sebuah mesjid dan saya sempat bersalaman dengan beliau dan saya menerima berita sedih diatas kehilangan beliau.Ketika itu Nik Aziz juga penyokong beliau (Kerajaan Perikatan).Mengapa PAS boleh duduk sekali dengan BN pada tahun 1974-1978?Salah satu sebabnya peristiwa 13 Mei 1969 menghantui negara.Hari ini anak didik Tun Razak kembali sebagai pemerintah dan ternyata masih ada darah sisa-sisa perjuangan Tun Razak yang mendahulukan rakyat dalam agenda pemerintahan beliau (Rakyat di Dahulukan,Pencapaian diUtamakan dalam konteks 1Malaysia).

Anwar Ibrahim sedar kemampuannya amat terbatas untuk menjatuhkan Najib tanpa sokongan PAS dan Kaum Cina lalu berjemok-kira (berunding) dengan Lim/Karpal-Nik Aziz/Hadi untuk memerintah negara dengan moto Menuju Ke Putrajaya.Parlimen ditumpukan kepada PKR/DAP dan DUN kepada PAS di negeri yang diperintah oleh PAS.(Lihat kabinet bayangan Pakatan Rakyat).Ternyata rakyat terpesona dengan gagasan Anwar Ibrahim pada 2008 ditambah dengan kritikan Tun Mahathir terhadap Pak Lah yang menyebabkan BN hilang 2/3 majoriti di Parlimen.PRU 13 benar-benar ujian bagi Mohd Najib dan segalanya bergantung kepada sebesar mana kesilapan Najib lakukan semasa pemerintahan.Berbagai pendekatan yang dibuat Najib demi tanggungjawab yang dipikul dan dilihat bertanggungjawab terhadap rakyat dan perubahan dalam parti UMNO yang menampakkan perubahan dari segi cara pembentukkan struktur jawatankuasa parti.

Pakatan terpaksa menawarkan apa saja selain mencabar kerajaan BN dalam pelbagai bentuk demi meraih sokongan namun situasinya setiap tawaran yang cuba digambarkan oleh PR dilaksanakan oleh Najib dan setiap acabaran disambut oleh Najib.Hanya satu lagi senjata yang tinggal iaitu proses memfitnah yang berterusan perlu dirancang agar rakyat sentiasa dalam kecurigaan dan keraguan terhadap Najib namun sehingga masa kini segala fitnah yang lalu tidak cukup meyakinkan rakyat tentang tohmahan tersebut.Dalam masa yang sama Anwar Ibrahim dilanda pelbagai isu moral yang sedikit sebanyak menggugat sokongan dikalangan kumpulan ulamak dalam PAS walaupun dicover oleh kumpulan erdogan.


Nik Aziz dengan sifat 'pongohnya'(Gopoh) dalam mengeluarkan komen terpaksa menelan kembali kenyataan-kenyataan yang lepas demi menjaga perpaduan PR yang mahu dilihat berpadu disisi pandangan rakyat walhal hanya RETAK MENANTI BELAH dan diambang perpecahan yang dahsyat dalam PKR apatah lagi hulubalang-hulubalang PKR telah berpaling tadah seperti Ezam Mohd Nor,Zahari Mohamed,Hamidzun Khairudin,Roslan Kassim,Zahid Mat Arif,Ghani Haroon,Dr Fairuz Khairudin,Lokman Adam,K.Nallakarrupan,Hamdan Taha,Anuar Shaari,Wee Choon Keong,Tan Wei Shu,Tan Tee Beng,V.Arumugan serta ramai lagi ketua ketua cabang yang merasa PKR adalah parti milik Anwar Ibrahim.


DIMANA BEZA PAKATAN PEMBANGKANG DENGAN BN DALAM KEMUAFAKATAN PELBAGAI AGAMA DISUDUT PERJUANGAN PAS?


Dahulunya PAS menuduh UMNO kafir kerana bersokongkol dengan orang bukan Islam dalam pakatan Barisan Nasional,sekarang persoalan DAP dan PKR yang bersama PAS adalan lebih teruk kerana KARPAL telah menyatakan dengan jelas pendirian DAP jika sekiranya PAS ingin menubuhkan negara Islam maka LANGKAH MAYAT KARPAL SINGH DULU,demi untuk mengelak dari terpaksa melangkah mayat Karpal maka Nik Aziz bersetuju mengubah pendirian dari penubuhan negara Islam menjadi negara kebajikan.
Tidak ada seorang pun dikalangan ahli UMNO yang memohon untuk DILANGKAH MAYAT sekiranya PAS nak menubuhkan negara Islam namun UMNO tetap dianggap kafir disisi PAS.ISLAM kah KARPAL,LIM KIT SIANG,LIM GUAN ENG(dilabelkan Khalifah Umar Abd Aziz) berbanding dengan pemimpin UMNO?Nampak gayanya Nik Aziz tak menemui jalan keluar dari kemelut UMPANAN HUKUM HUDUD sebagai modal PRU13.

Jangkaan saya PR13 akan menampakkan penambahan sokongan kepada Najib namun kawasan kubu kuat PAS dan PKR masih lagi ditawan oleh mereka,walaubagaimanapun tahap sokongan dikalangan akan berubah apabila perbadingan di atas dilihat oleh rakyat dan mereka menunggu untuk membuat keputusan pada PRU13 nanti.Disisi pengundi Melayu,mereka mula memikirkan nasib bangsa melebihi perkara-perkara lain berbanding kaum Cina sebagai kumpulan pendesak untuk kepentingan kaum,justeru golongan Melayu muda dalam dilema dan diatas pertimbangan kaum tersebut penambahan undi BN akan berlaku pada PRU13 nanti.

SOALAN MUDAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA.
1.Untuk apa perlu ubah kerajaan?
2.Lebih baik kah kerajaan PR yang memerintah negeri-negeri berbanding kerjaan BN dalam menangani masalah rakyat?
3.Apa jaminan kerajaan PR dalam keutuhan muafakat terhadap perlembagaan negara dalam Hak-Hak Keistimewaan Orang Melayu (Kontrak Sosial).
4.Sekiranya BN tewas,adakah BN menjadi parti pembangkang yang sangat lemah?
5.Meningkatkah kepercayaan negara luar terhadap kerajaan PR?
10.Adakah syiar Islam di Malaysia akan menjadi lebih baik dari sekarang?(Cuba lihat isu Pelaksanaan Hudud Kelantan dan Terengganu-mengapa ada 2 versi)
11.Terhapuskah rasuah?atau semakin berkurangan?(Cuba lihat Isu Negeri Kelantan-Ladang Rakyat/PMBK.)
12.Siapa yang benar-benar berkuasa dalam pakatan rakyat?

No comments:

Post a Comment