Sunday, January 15, 2012

Tahniah,Anwar Ibrahim Dibebaskan

Salam kepada semua penyokong Anwar Ibrahim,
            Terlebih dahulu diucapkan tahniah kepada sdr Anwar Ibrahim kerana dibebaskan diatas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau,sdr Mohd Saiful Azlan.Memang tidak boleh dipertikaikan lagi keputusan hakim yang mendapati kes tersebut tidak dapat disabitkan kesalahan kerana keraguan dalam bukti pendakwaan melalui DNA.Apabila membaca keputusan penghakiman maka bergembiralah sdr Anwar dan Kak Wan serta anak2 kerana doa yang dipanjat dan munanjat kehadrat Illahi selama ini dimakbulkan justeru mereka layak untuk mengucapkan kesyukuran diatas keputusan tersebut.

           Keputusan tetap tidak berubah sehingga kes tersebut dibawa kepada rayuan oleh pihak pendakwa.Apa yang mustahak untuk dibincang dan diperkatakan disini adalah:

        1.Badan Kehakiman telah menjalankan tugas mereka tanpa dipengaruhi oleh ahli politik
        2.Kes antara Anwar dan Saiful adalah kes peribadi
        3.Keputusan Hakim menyatakan pihak mahkamah tidak yakin dengan bukti DNA dan tanpa saksi          
           sokongan yang lain untuk mensabitkan kes dengan pertuduhan yang dibaca.

          Penafsiran umum yang dapat saya buat adalah hanya kerana ada keraguan dalam pembelaan sahaja maka mahkamah tidak dapat mensabitkan kesalahan liwat oleh Anwar.Dari segi perspektif politik sebenarnya Anwar sudah terkeluar dari kriteria sebagai seorang pemimpin politik.Apakah keputusan mahkamah tersebut sudah membersihkan imej belia dari segi moral?Cuba kita bandingkan Anwar dangan Haji Hadi.Haji Hadi tidak pernah dikaitkan dengan imej moral,begitu juga dengan Nik Aziz.Mengapa Anwar yang dinobatkan sebagai pemimpin pembangkang dan sebagai bakal Perdana Menteri?Apakah kelebihan Anwar dari sudut Islam berbanding dengan pemimpin PAS yang lain?.Setelah keputusan dibuat,berapa ramai umat manusia di Malaysia yang yakin bahawa Anwar tidak pernah terlibat dalam isu liwat?Memang kes liwat ini hanya ada 2 manusia yang tahu sebenarnya apa yang yang berlaku iaitu Anwar sendiri dan Saiful.
        Saiful telah memberi keterangan bersumpah dalam mesjid dan menyerahkan sampel DNA kepada pihak pendakwa.Kenapa Anwar tak mahu menangkis keterangan bersumpah Saiful dengan membuat keterangan sumpah laknat?Kenapa Anwar tidak membenarkan pihak pendakwa mengambil sampel DNA beliau?SEANDAINYA Anwar benar benar orang yang berani kerana benar maka beliau seharusnya tampil dengan sukarela untuk menyerahkan sampel DNAnya dan saat yang sesuai untuk mengambil alih Putrajaya dan membuktikan konspirasi terhadap beliau benar benar wujud.
          Dari segi  moral,Anwar sudah terdampar dalam kejatuhan yang amat dalam.Dalam negara kita masih ramai manusia yang mampu jadi pemimpin yang tidak tercalar dengan isu-isu sperti yang Anwar hadapi.Kita lihat dari awal isu Anwar yang dikaitkan dengan kes liwat.Kenapa Anwar tidak tampil dengan alibi yang kukuh untuk meyakinkan Dr Mahathir bahawa beliau memang bersih.Di sudut politik pula mengapa beliau dinasihatkan berundur dari kabinet,beliau tidak mahu berundur memberi laluan untuk penyiasatan.Saya tidak menafikan kebolehan beliau dalam mempengaruhi penyokong sehingga menjadi idola yang hebat namun ia tidak memberi apa apa keuntungan kepada negara kerana penyokong fanatik yang tidak bersifat rasional akan membuat tindakan yang mengancam keharmonian negara dan kestabilan politik.Memang itu salah satu kaedah untuk menjatuhkan kepimpinan semasa adalah membuat kekacuan tetapi apa untungnya kepada rakyat?Usia Anwar Ibrahim mencecah 65 tahun dan kebanyakkan pengikut kuat mereka adalah antara yang berusia kurang dari 40 tahun.Perbezaan 25 tahun usia Anwar Ibrahim dengan mereka sebenarnya membuatkan mereka tidak mengenali Anwar ketika Anwar diusia 30 tahun dahulu.Ketika Anwar berusia 25 tahun ibubapa mereka ada yang masih belum berkahwin.Ketika Anwar memimpin pelajar dengan Isu Kemiskinan Baling Dr Mahathir adalah Menteri Pelajaran,ketika Dr Mahathir mengajak Anwar menyertai UMNO Anwar lebih berminat untuk mengikuti PAS TETAPI apabila Dr Mahathir memegang tampuk pemerintahan beliau menawarkan jawatan Timbalan Menteri kepada Anwar lalu Anwar menerima jawatan tersebut.Mengapa bila ditawarkan jawatan baru beliau bersetuju untuk menyertai UMNO?
         Keistimewaan yang diberikan Dr Mahathir kepada Anwar begitu menguntungkan Anwar apabila menyikirkan Shuaimi Hj Kamaruddin dalam 2 kali percubaan.Anwar hampir mencapai impian beliau untuk jadi Perdana Menteri namun apabila beliau yang digilap sebagai pemimpin oleh Dr Mahathir akhir dipecat oleh Dr Mahathir maka Anwar amat kecewa dan sehingga kini bmasih menyimpan cita cita untuk menjadi Perdana Menteri.
         Secara jujur saya ingin menasihatkan Sdr Anwar Bin Ibrahim.Usia dah menjangkau 65 puluh tahun,kekuatan fizikal sudah terbatas,Dr Mahathir sudah bersara,Pak Lah pun sudah bersara di usia 65 tahun,kalau dala Perkhidmatan Awam pun usia 65 tahun diambil secara Contract for Service dari setahun ke setahun, untuk apa lagi Anwar mengejar jawatan?kalau nak membantu rakyat Malaysia banyak cara selain dari menggugat kestabilan politik negara.Ramai kawan kawan yang seusia  telah tinggalkan beliau dan dalam masa yang sama sanggup mendedahkan segala keburukan bekiau dimasa yang lampau.Azmin Ali hanya mengenali beliau setelah Anwar berada dalam kerajaan BN,begitu juga dengan Saifuddin Nasution Ismail yang menjadi Penolong Setiausaha Pemuda UMNO.Kemana larinya kawan- kawan lama Anwar?Kemana kroni-kroni Anwar yang banyak mengaut keuntungan semasa beliau menjadi Menteri Kewangan?Bersaralah Anwar dari dunia politik dan berbuat amal ibadat banyak banyak agar setiap kesalahan dan kezaliman yang lalu diampunkan dosa oleh Allah swt.
       Saya juga pernah bersahabat dengan beliau dan seikhlas hati saya menyarankan beliau agar lupakan cita cita yang tak kesampaian itu,biarkanlah ia berlalu dan serahkan kepada Izzah yang menyambung hasrat saudara.Fikirkanlah tentang kesihatan dan dosa dosa yang lalu agar hidup kita lebih tenang sewaktu berada dialam barzakh.Kasihan pada Kak Wan yang menanggung beban yang tak sepatutnya dipikul oleh seorang wanita.
       Mengapa nak samakan diri dengan Nelson Mandella,perjuangan Nelson tak sama dengan perjuangan sdr Anwar.Nelson memperjuangkan hak penduduk  kulit hitam di Afrika Selatan,perjuangan saudara Anwar hanyalah demi untuk menjejak kaki di Putrajaya,perjuangan Au San Sunn Kyi hanyalah untuk mengembalikan demokrasi di negara beliau.Tokoh yang diagung-agungkan saudara Anwar di Filipina (Jose Rizal)pun tersungkur akhirnya kerana cinta,Sheikh-ul Al -Qardawi (Mahaguru sdr Anwar) juga hidup terbuang dan ramai lagi pemimpin yang berjuang demi kepentingan bangsa dihormati tetapi perjuangan sdr Anwar semakin hari semakin jelas perjuangan agenda peribadi.BEREHATLAH SAUDARA ANWAR SEBELUM SAUDARA BENAR BENAR DIDAKWA DENGAN BUKTI YANG CUKUP!!!!.Saya fikir inilah peluang terbaik untuk saudara berehat dengan tenang sebelum dihampiri Malaikat Maut.Tinggalkanlah dunia politik saudara dan mulailah hidup saudara yang sebenarnya.InsyaAllah segala dosa diampunkan Allah yang maha pengampun.
      

No comments:

Post a Comment