Wednesday, January 18, 2012

Dr Hassan Ali-Surat terbuka untuk Nik Aziz

Salam YAB Dato',
             Terlebih dahulu saya panjatkan doa ke hadrat Illahi agar YAB Dato'  dikurniakan kesihatan dan kelapangan dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin dan ketua kerajaan negeri.Saya merasa tersentuh bila ada pemimpin PAS seperti Dr Hassan Ali dipecat dari parti PAS hanya kerana kenyataan beliau mempersoalkan kes Anwar Ibrahim.Negara Malaysia perlu kepada parti pembangkang demi check and balance.Saya pernah mengikuti ceramah Dr Hassan Ali di hadapan PTD pada tahun 85'.Beliau yang begitu lantang berceramah tentang etika sebagai seorang pegawai PTD dengan kePTDiannya,pemimpin dengan kepimpinanya dan rakyat dengan kerakyatannya.Prinsip beliau tak pernah berubah sehingga kini.Setelah beliau melontarkan diri dalam perjuangan PAS saya merasakan negara juga mendapat manfaat dari ketegasan beliau yang disuarakan melalui parti PAS,sekurang-kurangnya beliau sebagai 'reminder' kepada perjalanan pemerintahan kerajaan BN.Diwaktu itu tiada "Erdogan" dalam PAS.PAS dilihat lebih istiqamah dalam perjuangan dan parti pilihan kedua kepada orang Melayu.

YAB Dato',
             Setelah kemelut pemecatan Dr Hassan Ali dan alasannya adalah kerana merosakkan parti maka seluruh pemerhati politik melihat polemik tersebut telah memulakan satu tafsiran baru dalam prinsip perjuangan PAS.Parti PAS ternyata mempunyai pemimpin yang hebat seperti Dr. Burhanuddin,Prof Zulkifli,Asri Hj Muda,Hj Muhamad Nasir dan beberapa nama besar lagi termasuk Dato' sendiri.PAS dilihat lebih mengutamakan perjuangan berbanding matlamat sebelum ini.PAS tidak peduli tentang kekalahan yang dialami disebabkan  perjuangan tidak mengira kalah atau menang kerana perjuangan adalah jihad.Setelah PAS bergerak bersama sama DAP-PKR saya melihat dasar perjuangan PAS semakin dipengaruhi oleh DAP-PKR.Apakah Dr Hassan Ali sudah tidak relevan lagi dengan dasar perjuangan PAS? atau PAS tidak memerlukan Dr Hassan Ali hanya kerana ingin menjaga hati pengikut Anwar Ibrahim?.

YAB Dato'
             Semenjak tahun 1959 sehingga 1978 PAS memerintah Kelantan termasuk bersama Perikatan dan kembali memerintaha Kelantan semula dibawah era Dato' sendiri dari tahun 1990 hasil bantuan YM Tg. Razaleigh sehingga kini.Rakyat Kelantan memilih untuk mengekalkan kepimpinan Dato' kerana mereka melihat Dato' tidak dihimpit isu kepimpinan,bukan mereka membenci BN sangat, namun hari ini PAS akan menghadapi kesukaran untuk memboloskan diri dari saingan BN dan kesan perubahan dasar dalam PAS.Saya ingin nyatakan bahawa Dr Hassan Ali telah menjadi ikon kepada pencapahan aliran pemikiran penyokong PAS dan akan menjadi faktor perpecahan dalam PR (anti- collaberation).Dr Hassan tidak menyatakan minat untuk menyertai UMNO dan tidak mengalah dari menyatakan kebenaran.

YAB Dato',
             Pada suatu ketika dahulu UMNO pernah menjemput PAS untuk  bersatu bersama UMNO tetapi Dato' menolak kerana takut tertipu untuk kali ke-2 sebagaimana Dato' nyatakan dalam satu temual dengan pemberita.Sacara rasionalnya Dato' menolak jemputan UMNO dan kiranya PAS tertipu dengan UMNO maka orang Melayu hanya akan tertawa sahaja tetapi sekiranya PAS tertipu dengan DAP-PKR orang Melayu tidak mampu untuk tertawa lagi bahkan akan menangis untuk selama-lamanya.Adakah Dato' merasa pemecatan Dr Hassan Ali akan menguntungkan orang Islam? atau memberikan kebaikan kepada orang Melayu?.

YAB Dato',
             Saya pohon maaf kiranya persoalan saya untuk kali ini akan mengguriskan perasaan Dato'.Apakah sifat-sifat Dr. Hassan Ali yang menjalankan tugas beliau sebagai Exco Negeri Selangor bertentangan dengan Al Quran dan Hadis?.Sejauhmana kebaikan yang dibawa oleh Karpal dan Lim Kit Siang serta Anwar Ibrahim demi agama?Apakah mereka ini tidak mungkin akan menjadi penghalang kepada dasar perjuangan PAS yang Dato' menjadikan KPI adalah ukuran Taqwa kepada Allah swt.Saya kagumi dengan KPI Dato' menjadikan Taqwa sebagai KPI namun dalam siasah matlamat ketaqwaan itu tidak boleh diubah sewenang-wenangnya dan matlamat tidak menghalalkan cara.

YAB Dato',
            Dari cara pemecatan Dr Hassan Ali,saya melihat PAS sudah tidak berpegang pada prinsipnya lagi.Kenyataan Dr Hassan Ali memang tepat,kes liwat Anwar adalah kes peribadi antara Anwar dengan Saiful,bukannya  kes PR melawan BN.Kepimpinan Islam yang agung terdahulu pernah menghukum anak sendiri kerana pertuduhan zina dan prinsip itu adalah berlandaskan Al Quran dan Hadis.mengapakah Dr Hassan Ali dipecat kerana memberikan pendapat peribadi beliau yang benar,bukan soal Anwar bersalah atau tidak tetapi biarlah ianya menggambarkan suatu  keadilan dalam perjuangan.Secara terbuka saya ingin katakan Dato' pernah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang amat mengelirukan sebelum ini namun rakyat negeri Kelantan tidak menghukum Dato' kerana keperibadian Dato' yang mampu mengatasi kenyataan-kenyataan kontroversi Dato'.Sahsiah Dato' yang mencipta Siasah tetapi dalam hal pemecatan Dr Hassan Ali tahap 'Pakatan'(Colation) PR akan berubah dan akan mencetuskan penghakiman (judgement) pengundi yang akan berbeza dengan suasana PRU13.

YAB Dato',
          Sebelum saya mengakhiri surat terbuka saya,terlebih dahulu saya mohon maaf kerana saya terpaksa menyatakan bahawa "Popularity dan Immunity (Kemaksuman Politik) Dato' akan terjejas dan saya mengesyorkan kembali agar mempertimbangkan Penyatuan Bangsa yang seAgama demi Islam terus syummul di Malaysia.Sekali phon maaf dari YAB Dato'.Sekian wassalam.
 



Yang Benar.
Pejuang Agama,Bangsa Dan Kedaulatan Raja Raja.
          

No comments:

Post a Comment